USAHAWAN 12: CIK ROSZALIA BINTI CHE AWANG (KONTRAKTOR BAHAGIAN MEMBERSIHKAN KAWASAN DAN BANGUNAN)

31 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Cik Roszalia ialah seorang kontraktor yang telah bergiat dalam bidang ini sejak 2 tahun yang lalu.  Beliau berusia 36 tahun dan merupakan anak jati Kampung Langkap.  Walaupun bidang pekerjaan ini merupakan kebanyakkan kaum lelaki yang menakluki akan tetapi bukan bagi beliau, perempuan pun boleh menceburi bidang ini.

Beliau telah mendapat tender di salah sebuah sekolah daerah setiu dan beliau mempunyai beberapa orang pekerja yang bekerja di bawahnya.  Beliau juga seorang yang aktif di kampung dan merupakan ketua puteri umno di kampungnya.  Beliau juga merupakan ahli Pusat Internet 1Malaysia di Kampung Langkap.

Jika pihak Pusat Internet 1Malaysia Kampung Langkap mengadakan aktiviti beliau akan turut serta.  Selain itu juga, beliau akan menjadikan PI1M Kg Langkap tempta beliau untuk membuat kerjanya iaitu membuat surat claim.  Pihak PI1M Kg Langkap telah banyak memberi tunjuk ajar kepada beliau bagaimana untuk membuat surat claim dan kita sedia maklum di PI1M banyak kemudahan yang disediakan.  Maka ini memberi kemudahan kepada sesiapa yang mahu membuat sebarang kerja.