USAHAWAN 13: PUAN ROHANI BINTI MOHD (MENJUAL PRODUK KECANTIKKAN)

31 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Puan Rohani ialah seorang suri rumah tangga yang berusia 29 Tahun.  Beliau telah dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu seorang puteri dan 2 orang putera.  Puan Rohani berasal dari Marang Terengganu dan telah berkahwin dengan seorang pemuda dari Kampung Langkap.  Sekarang beliau mengikut suami dan menetap di sini.

Beliau telah mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan sejak setahun yang lalu.  Beliau telah menjual pelbagai jenis produk kecantikkan antaranya produk Glitter Glowing Foundation, lipstik dan banyak lagi.  Beliau telah mempromosikan barangannya melalui facebook, whatsupp dan ke rumah ke rumah.  Alhamdulillah mendapat sambutan dari kawan – kawan yang membeli produk yang dijualnya.

Beliau juga pernah membuat kelas make up di PI1M Kg Langkap untuk mengajar anak-anak muda dan di samping memperkenalkan produk yang dijualnya.  Beliau juga seorang yang aktif sekiranya pihak PI1M mengadakan aktiviti, beliau akan turut serta dalam menjayakan program yang diadakan.