PROGRAM PROSES PEMULIHAN BANJIR SEKOLAH KEBANGSAAN LANGKAP.

10 January 2017 | Berita Terkini

Pada 06 Januari 2016 (Jumaat) - Pihak pentadbiran dan semua warga Sekolah Kebangsaan Langkap Setiu mengalungkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang membantu memulihkan kawasan sekolah pasca bencana banjir yang berlaku pada 03 Januari 2016.  Banjir pada kali ini merupakan banjir yang paling besar berbanding yang pernah berlaku sebelum ini.

Usaha yang berterusan daripada kepimpinan kerajaan negeri yang diketuai Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dengan melibatkan keseluruhan agensi kerajaan dalam membantu mangsa banjir dan membersihkan persekitaran sekolah yang terjejas akibat banjir.

Selain itu Menteri Pendidikan Dato Seri Mahadzir Khalid yang sama-sama pasukan sukarelawan serta warga Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dengan Pejabat Pendidikan Daerah Setiu membersihkan tempat-tempat yang turut sama menyumbang tenaga dan barangan keperluan sekolah.

Juga kepada Adun Langkap Dato Sabri Mohd dan Ketua UMNO Bahagian Setiu Dato Mohd Jidin Shafee serta keseluruhan kepimpinan Wanita, Pemuda dan Puteri yang turun padang menghulurkan pertolongan kepada SK Langkap.

Jumlah kehadiran 1500 temasuk anggota keselamatan dan semua yang terlibat dalam pasca banjir amat dihargai dan membantu proses pemulihan banjir.  Program selesai pada pukul 12.30 tengah hari dan dengan bantuan semua yang hadir sekolah kebangsaan Langkap telah kembali bersih dan pada hari Ahad murid dapat menjalani persekolahan seperti biasa.