Mengenai PI1M

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) ini merupakan salah sebuah projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan perlaksanaannya dilakukan oleh Celcom dibawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat. Oleh itu, peranan dan kepentingan PI1M kepada Komuniti setempat adalah amat penting bagi memperbaiki taraf hidup penduduk setempat dalam arus permodenan zaman sekarang yang menitik beratkan soal pengetahuan dan penggunaan IT di kalangan penduduk.



Pusat Internet 1Malaysia Kg.Langkap mula beroperasi pada 08hb Oktober 2015. Matlamat PI1M Kg. Langkap adalah untuk memberikan kemudahan capaian internet kepada komuniti setempat dan memberikan pendedahan kepada masyarakat terhadap teknologi komputer dan internet. Selain itu, PI1M Kg. Langkap juga ingin membantu dalam meningkatkan taraf ekonomi dan sosial penduduk setempat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PI1M ini. Selaras dengan itu, jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar dapat dirapatkan selaras dengan matlamat kerajaan.

 

Pi1M dilengkapi oleh:

·         20 buah komputer berinternet untuk kegunaan pengguna.

·         Ruang Bilik Untuk Kelas dan Latihan.

·         Bilik Penggunaan Internet yang selesa yang dilengkapi Penghawa-Dingin (Air-Cond).

·         Ruang rehat yang selesa dan dilengkapi dengan sebuah televisyen.

·         Kemudahan mesin mencetak, mesin laminasi, dan pelbagai servis dokumentasi sampingan disediakan.

 

Pendaftaran dan Keahlian:

·         Keahlian terbuka pada semua.

·         Untuk menjadi ahli hendaklah membayar RM5.00 seumur hidup sekaligus akan memperolehi penggunaan Wi-fi Komuniti.

·         Ahli mendapat keistimewaan dari segi latihan, bayaran, modul dan lain-lain

·         Setiap ahli layak mengikuti krusus, latihan mahupun aktiviti yang dijalankan di PI1M secara PERCUMA

Maklumat Komuniti Kg. Langkap

Mengikut sejarah, peneroka awal yang meneroka Kampung Langkap ialah Tok Imam Pak Laris iaitu pada tahun 1929. Beliau ialah seorang pengembara yang datang ke sini lalu  membuka penempatan dan menetap di sini. Beliau telah meninggal dunia dan disemadikan di Kampung . Tapah, Kampung Langkap. Hingga ke hari ini, makam Tok Imam Pak Laris masih lagi terpelihara dan dalam keadaan baik.

Penempatan awal penduduk Kampung Langkap adalah di pinggir  Sungai Nerus yang mana ianya merupakan jalan pengangkutan utama penduduk kampung untuk mendapatkan barang keperluan di Pekan Pengkalan Merbau dan juga Kuala Terengganu.

Mengikut cerita orang-orang tua, asal-usul Kampung Langkap adalah sempena nama sebatang Pokok Langkap yang besar terletak di atas bukit berhampiran kubur lama di sebelah matahari jatuh dan namanya kekal hingga sekarang.

Sekitar tahun 1970an hingga 1980an pertanian pindah menjadi pilihan penduduk di mana padi huma dan tanaman nanas menjadi penyumbang utama kepada pendapatan. Pada tahun 1980an hingga 1990an, tanaman komoditi getah mula menjadi penyumbang pendapatan utama penduduk apabila pihak RISDA memperkenalkan tanaman semula getah bagi membantu meningkatkan pendapatan penduduk. Manakala sekitar  tahun 1990an hingga tahun 2000 kepelbagaian sektor ekonomi mula mempengaruhi penduduk hasil wawasan kerajaan dengan memperkenalkan tanaman sawit, tanaman pokok buah-buahan seperti duku, durian dan juga tanaman kontang yang cepat membuahkan hasil seperti jagung, tembikai dan cili merah. Dalam masa yang sama, sektor industri kecil juga menarik minat penduduk bila mana industri membuat sos cili dan kicap juga diceburi hasil bimbingan daripada pihak RISDA.

 Maklumat PI1M & Komuniti Kg. Langkap

Lokasi

29 KM dari Bandar Permaisuri , 50 KM dari Bandaraya Kuala Terengganu

DUN

Langkap

Mukim

Hulu Nerus

Daerah

Setiu

Negeri

Terengganu Darul Iman

Populasi

1205 Orang

Aktiviti Ekonomi Utama

Pertanian (Getah), Perniagaan Kecil-kecilan, Penternakan (Lembu & Kambing)

Lat/Long PI1M

Lat : 5.3493 Long : 102.82961

Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

07 Oktober 2015

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

Name: Noor Aziantee Bt Jali

Email: nooraziantee@celcom1cbc.com

No Telefon:0139529300

Penolong Pengurus

Nama: Rosnanisah Bt Mat Shah

Email: rosnanisah@celcom1cbc.com

No Telefon: 0139022600

Website

http://www.celcom1cbc.com/kg-langkap

Kampung Tanpa Wayar

1.     Tower Kg. Langkap

2.     Perpustakaan Desa Kg. Langkap

3.     Sekolah Rendah Aler Lek Kasar

4.     Balairaya Kg. Kasar


 

 Tempat Rekriasi

 Hutan Lipur Lata Payung

Hutan Lipur Lata Payung terletak 25 km dari Seri Langkap melalui Jalam Seri Langkap - Lata Payung dan 65 km dari Bandar Kuala Terengganu. Hutan Lipur Lata Payung terletak di dalam Hutan Simpan Hulu Nerus   yang merupakan jenis hutan diperterokarpa bukit. Dibuka dari Pukul 7.00 pagi hinggan 6.00 petang. Tiada sebarang nayaran masuk dekenakan kepada pengungjung. Bagi mana-mana yang teringin ke sini secara berkumpulan atau berkeluarga boleh la berbuat sedemikian. 


Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pegawai Hutan Daerah :

Pejabat Hutan Daerah Terengganu Utara

Batu 6, Jalan Kuala Terengganu,

21200 Kuala Terengganu,

Terengganu.

Tel: 09-6667 473

Faks: 09-6667 061


Pendidikan

Seiring dengan perkembangan fizikal Kampung Langkap daripada mundur kepada maju, bidang pendidikan  juga tidak ketinggalan berkembang dan membangun dengan bagitu mendadak. Jika sekitar tahun 1960an, bilangan celik huruf amat sedikit tetapi ditahun 1970an anak-anak Kampung Langkap telah ada yang berjaya menjejaki kaki ke menara gading serta menjawat jawatan yang tingggi dan sehingga sekarang bilangan tersebut semakin bertambah.

Kini pendidikan merupakan agenda paling penting dalam kehidupan manusia, Lantaran itu, pihak JKKK Kampung Langkap sentiasa berusaha dan memberi perhatian yang serius dalam pembanginan pendidikan ini. Sebagai tanda sokongan , pihak JKKK telah menyediakan beberapa insentif  kepada pelajar UPSR, PMR, SPM dan STPM. Secara amnya pendidikan di Kampung Langkap kini berada di tahap yang amat baik dan peluang terbuka luas bagi semua pelajar terus maju. Selain pendidikan formal, JKKK turut menitik beratkan pendidikan tidak formal sebagai menambah nilai untuk memartabatkan pendidikan penduduk kampung dengan menubuhkan Kelas Jawi dan Al-Quran bagi golongan dewasa.


Kemudahan Awam

Antara kemudahan awam yang terdapat di Kampung Langkap adalah seperti berikut :

1) Masjid Nur Iman Kg. Langkap

2) Sekolah Kebangsaan Langkap

3) Dewan Sebaguna Kg. Langkap

4) Taman Bimbingan Kanak-kanak

5) Klinik Desa

6) Makmal Komputer

7) Perpustakaan Desa

8) Padang Bola


 

Produk Tempatan

 

SERI LANGKAP(SOS)

Nama pemilik    : Ramlah Bt. Ali

No. Telefon       : 0139592793

Alamat              : No. 140, Jln Cempaka Putih, Kg. Langkap 21500 Setiu, Terengganu

 

TEH LANGKAP(SOS)

Nama pemilik    : Teh Langkap Enterprise

No. Telefon       : 0199652993

Alamat              : No. 183 c, Jln Cempaka Putih, Kg. Langkap 21500 Setiu, Terengganu

 

RESTORAN KG. LANGKAP

Nama pemilik    : Mohd Zaid B. Salleh

No. Telefon       : 0199920330 / 0199808321

Alamat               : No. 103 Kg. Langkap 21500 Setiu, Terengganu