Komuniti


Maklumat Komuniti Kg. Langkap

 

Mengikut sejarah, peneroka awal yang meneroka Kampung Langkap ialah Tok Imam Pak Laris iaitu pada tahun 1929. Beliau ialah seorang pengembara yang datang ke sini lalu membuka penempatan dan menetap di sini. Beliau telah meninggal dunia dan disemadikan di KampungTapah, Kampung Langkap. Hingga ke hari ini, makam Tok Imam Pak Laris masih lagi terpelihara dan dalam keadaan baik.

 

Penempatan awal penduduk Kampung Langkap adalah di pinggir Sungai Nerus yang mana ianya merupakan jalan pengangkutan utama penduduk kampung untuk mendapatkan barang keperluan di Pekan Pengkalan Merbau dan juga Kuala Terengganu.

 

Mengikut cerita orang-orang tua, asal-usul Kampung Langkap adalah sempena nama sebatang Pokok Langkap yang besar terletak di atas bukit berhampiran kubur lama di sebelah matahari jatuh dan namanya kekal hingga sekarang.

 

Sekitar tahun 1970an hingga 1980an pertanian pindah menjadi pilihan penduduk di mana padi huma dan tanaman nanas menjadi penyumbang utama kepada pendapatan. Pada tahun 1980an hingga 1990an, tanaman komoditi getah mula menjadi penyumbang pendapatan utama penduduk apabila pihak RISDA memperkenalkan tanaman semula getah bagi membantu meningkatkan pendapatan penduduk. Manakala sekitar  tahun 1990an hingga tahun 2000 kepelbagaian sektor ekonomi mula mempengaruhi penduduk hasil wawasan kerajaan dengan memperkenalkan tanaman sawit, tanaman pokok buah-buahan seperti duku, durian dan juga tanaman kontang yang cepat membuahkan hasil seperti jagung, tembikai dan cili merah. Dalam masa yang sama, sektor industri kecil juga menarik minat penduduk bila mana industri membuat sos cili dan kicap juga diceburi hasil bimbingan daripada pihak RISDA.


Lokasi

29 KM dari Bandar Permaisuri , 50 KM dari Bandaraya Kuala Terengganu

DUN

Langkap

Mukim

Hulu Nerus

Daerah

Setiu

Negeri

Terengganu Darul Iman

Populasi

1205 Orang

Aktiviti Ekonomi Utama

Pertanian (Getah), Perniagaan Kecil-kecilan, Penternakan (Lembu & Kambing)

Lat/Long PI1M

Lat : 5.3493 Long : 102.82961

Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

07 Oktober 2015

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

Name: Noor Aziantee Bt Jali

Email: nooraziantee@celcom1cbc.com

No Telefon:0139529300

Penolong Pengurus

Nama: Rosnanisah Bt Mat Shah

Email: rosnanisah@celcom1cbc.com

No Telefon: 0139022600

Website

http://www.celcom1cbc.com/kg-langkap

Kampung Tanpa Wayar

1.     Tower Kg. Langkap

2.     Perpustakaan Desa Kg. Langkap

3.     Sekolah Rendah Aler Lek Kasar

4.     Balairaya Kg. Kasar

 

 

 


 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.