Maklumat Tempatan


Antara Ahli Jawatan Kuasa Kampung Langkap


DATA KEPENDUDUKAN KAMPUNG

 

KELUASAN KAMPUNG

526.904 HEKTAR (1302 EKAR)

                                                           PENDUDUK

 

Jumlah Penduduk

1205

Lelaki

 569

Wanita

 636

                                                           KEDIAMAN

 

Jumlah Rumah

211

Rumah Kayu Penuh

  73

Rumah Kayu/ Simen

238

                                                          KENDERAAN

 

Jumlah Kenderaan

531

Lori

  17

Van

    8

Kereta

180

Motosikal

212

Basikal

114

                                          KEMUDAHAN TELEKOMUNIKASI

 

Telefon Awam

1

Komputer Riba

124

PC

  24

Internet

-

Astro

148

                                                BANGUNAN KERAJAAN

 

Tabika KEMAS

1

Sekolah Rendah

1

Sekolah Menengah

1

Klinik Desa

1

Masjid

1

Dewan

1

Perpustakaan Desa

1

Makmal Komputer

1

 

 Maklumat Komuniti Kg. Langkap

Mengikut sejarah, peneroka awal yang meneroka Kampung Langkap ialah Tok Imam Pak Laris iaitu pada tahun 1929. Beliau ialah seorang pengembara yang datang ke sini lalu  membuka penempatan dan menetap di sini. Beliau telah meninggal dunia dan disemadikan di Kampung . Tapah, Kampung Langkap. Hingga ke hari ini, makam Tok Imam Pak Laris masih lagi terpelihara dan dalam keadaan baik.

Penempatan awal penduduk Kampung Langkap adalah di pinggir  Sungai Nerus yang mana ianya merupakan jalan pengangkutan utama penduduk kampung untuk mendapatkan barang keperluan di Pekan Pengkalan Merbau dan juga Kuala Terengganu.

Mengikut cerita orang-orang tua, asal-usul Kampung Langkap adalah sempena nama sebatang Pokok Langkap yang besar terletak di atas bukit berhampiran kubur lama di sebelah matahari jatuh dan namanya kekal hingga sekarang.

Sekitar tahun 1970an hingga 1980an pertanian pindah menjadi pilihan penduduk di mana padi huma dan tanaman nanas menjadi penyumbang utama kepada pendapatan. Pada tahun 1980an hingga 1990an, tanaman komoditi getah mula menjadi penyumbang pendapatan utama penduduk apabila pihak RISDA memperkenalkan tanaman semula getah bagi membantu meningkatkan pendapatan penduduk. Manakala sekitar  tahun 1990an hingga tahun 2000 kepelbagaian sektor ekonomi mula mempengaruhi penduduk hasil wawasan kerajaan dengan memperkenalkan tanaman sawit, tanaman pokok buah-buahan seperti duku, durian dan juga tanaman kontang yang cepat membuahkan hasil seperti jagung, tembikai dan cili merah. Dalam masa yang sama, sektor industri kecil juga menarik minat penduduk bila mana industri membuat sos cili dan kicap juga diceburi hasil bimbingan daripada pihak RISDA.

 Maklumat PI1M & Komuniti Kg. Langkap

Lokasi

29 KM dari Bandar Permaisuri , 50 KM dari Bandaraya Kuala Terengganu

DUN

Langkap

Mukim

Hulu Nerus

Daerah

Setiu

Negeri

Terengganu Darul Iman

Populasi

1205 Orang

Aktiviti Ekonomi Utama

Pertanian (Getah), Perniagaan Kecil-kecilan, Penternakan (Lembu & Kambing)

Lat/Long PI1M

Lat : 5.3493 Long : 102.82961

Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

07 Oktober 2015

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

Name: Noor Aziantee Bt Jali

Email: nooraziantee@celcom1cbc.com

No Telefon:0139529300

Penolong Pengurus

Nama: Rosnanisah Bt Mat Shah

Email: rosnanisah@celcom1cbc.com

No Telefon: 0139022600

Website

http://www.celcom1cbc.com/kg-langkap

Kampung Tanpa Wayar

1.     Tower Kg. Langkap

2.     Perpustakaan Desa Kg. Langkap

3.     Sekolah Rendah Aler Lek Kasar

4.     Balairaya Kg. Kasar


 

 

Pendidikan

Seiring dengan perkembangan fizikal Kampung Langkap daripada mundur kepada maju, bidang pendidikan  juga tidak ketinggalan berkembang dan membangun dengan bagitu mendadak. Jika sekitar tahun 1960an, bilangan celik huruf amat sedikit tetapi ditahun 1970an anak-anak Kampung Langkap telah ada yang berjaya menjejaki kaki ke menara gading serta menjawat jawatan yang tingggi dan sehingga sekarang bilangan tersebut semakin bertambah.

Kini pendidikan merupakan agenda paling penting dalam kehidupan manusia, Lantaran itu, pihak JKKK Kampung Langkap sentiasa berusaha dan memberi perhatian yang serius dalam pembanginan pendidikan ini. Sebagai tanda sokongan , pihak JKKK telah menyediakan beberapa insentif  kepada pelajar UPSR, PMR, SPM dan STPM. Secara amnya pendidikan di Kampung Langkap kini berada di tahap yang amat baik dan peluang terbuka luas bagi semua pelajar terus maju. Selain pendidikan formal, JKKK turut menitik beratkan pendidikan tidak formal sebagai menambah nilai untuk memartabatkan pendidikan penduduk kampung dengan menubuhkan Kelas Jawi dan Al-Quran bagi golongan dewasa.


Kemudahan Awam

Antara kemudahan awam yang terdapat di Kampung Langkap adalah seperti berikut :

1) Masjid Nur Iman Kg. Langkap

2) Sekolah Kebangsaan Langkap

3) Dewan Sebaguna Kg. Langkap

4) Taman Bimbingan Kanak-kanak

5) Klinik Desa

6) Makmal Komputer

7) Perpustakaan Desa

8) Padang Bola


 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.