Pelancongan & Rekreasi

Tempat Rekriasi


Hutan Lipur Lata Payung

Hutan Lipur Lata Payung terletak 25 km dari Seri Langkap melalui Jalam Seri Langkap - Lata Payung dan 65 km dari Bandar Kuala Terengganu. Hutan Lipur Lata Payung terletak di dalam Hutan Simpan Hulu Nerus   yang merupakan jenis hutan diperterokarpa bukit. Dibuka dari Pukul 7.00 pagi hinggan 6.00 petang. Tiada sebarang nayaran masuk dekenakan kepada pengungjung. Bagi mana-mana yang teringin ke sini secara berkumpulan atau berkeluarga boleh la berbuat sedemikian.


Antara kemudahan asas yang disediakan kepada para pengunjung ialah tempat rehat, surau, tandas, jambatan gantung, tong sampah dan juda gerai-grai jualan turut disediakan di suni bagi memberi keselesaan kepada para pengunjung yang hadir.


Hutan Lipur Lata Payung mempunyai hutan jenis hutan Dipteropkarp Bukit serta Hutan Konifer Bukit serta di Kemuncuk Gunung Tebu .  Pelbagai  jenis spesies flora dan fauna  yang jarang kita lihat sebelum ini terdapat di sini.  Bagi pengunjung yang inginkan aktiviti mencabar, satu denai hutan disesediakan menuju ke puncak Gunung Tebu sesuai untuk memulakan pendakian dari sini.  Pengunjung boleh menjalankan aktiviti seperti mandi - manda, berkelah dan trekking.  Di sini juga pengunjung boleh bersiar - siar melihat hidupan liar melalui denai hutan yang disediakan   


Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pegawai Hutan Daerah 

Pejabat Hutan Daerah Terengganu Utara

Batu 6, Jalan Kuala Terengganu,

21200 Kuala Terengganu,

Terengganu.

Tel: 09-6667 473

Faks: 09-6667 061





 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.