Pendidikan

Pendidikan

Seiring dengan perkembangan fizikal Kampung Langkap daripada mundur kepada maju, bidang pendidikan  juga tidak ketinggalan berkembang dan membangun dengan bagitu mendadak. Jika sekitar tahun 1960an, bilangan celik huruf amat sedikit tetapi ditahun 1970an anak-anak Kampung Langkap telah ada yang berjaya menjejaki kaki ke menara gading serta menjawat jawatan yang tingggi dan sehingga sekarang bilangan tersebut semakin bertambah.

Kini pendidikan merupakan agenda paling penting dalam kehidupan manusia, Lantaran itu, pihak JKKK Kampung Langkap sentiasa berusaha dan memberi perhatian yang serius dalam pembanginan pendidikan ini. Sebagai tanda sokongan , pihak JKKK telah menyediakan beberapa insentif  kepada pelajar UPSR, PMR, SPM dan STPM. Secara amnya pendidikan di Kampung Langkap kini berada di tahap yang amat baik dan peluang terbuka luas bagi semua pelajar terus maju. Selain pendidikan formal, JKKK turut menitik beratkan pendidikan tidak formal sebagai menambah nilai untuk memartabatkan pendidikan penduduk kampung dengan menubuhkan Kelas Jawi dan Al-Quran bagi golongan dewasa.

 


© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.