Berita & Aktiviti Terkini

PROGRAM ADVOKASI (KLIK DENGAN BIJAK) SK LUBOK

16 February 2017 | Berita Terkini

 NAMA PROGRAM PROGRAM ADVOKASI (KLIK DENGAN BIJAK)  SK LUBOK TARIKH 16 FEB 2017 MASA 8 AM – 10 AM TEMPAT SMK GADONG LAPORAN AKTIVITI – PROGRAM ADVOKASI (KLIK DENGAN BIJAK) SK LUBOK Pada 16hb Februari 2017 bersamaan hari Khamis, satu Program Advokasi tentang keselamatan dalam menggunakan internet atau dikenali sebagai KDB (Klik Dengan Bijak) telah diadakan di SK Lubok, Weston, Sabah. Sebanyak tiga buah Pi1M yang terlibat dalam menjayakan program ini iaitu Pi1M Lubok Weston, Pi1M Pekan Weston dan Pi1M Lawa Kabajang. Program ini melibatkan pelajar tahun 3, 4, 5 dan 6 serta beberapa orang guru sekolah tersebut.                   Objektif... read more

PROGRAM SARANA MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU SMK GADONG & KDB

23 February 2017 | Berita Terkini

 NAMA PROGRAM PROGRAM SARANA MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU SMK GADONG & KLIK DENGAN BIJAK TARIKH 23 FEB 2017 MASA 8.30 AM – 12 PM TEMPAT SMK GADONG LAPORAN AKTIVITI – PROGRAM SARANA MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU SMK GADONG & KLIK DENGAN BIJAK Pada 23 Februari 2017, Pusat Internet 1 Malaysia telah dijemput dalam Program Sarana Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru di SMK Gadong. Pusat Internet 1 Malaysia telah diwakili oleh Cik Nur Hidayah Awang dari PI1M Kabidang dan CIk Noraziera dari PI1M Lawa Kabajang untuk memberikan ceramah dan taklimat mengenai keselamatan dalam menggunakan... read more

BENGKEL KRAFTANGAN SIRI 1 (ANYAMAN BEG)

14 February 2017 | Berita Terkini

 NAMA PROGRAM BENGKEL KRAFTANGAN SIRI 1  (ANYAMAN BEG) TARIKH 14 FEB 2017 MASA 9 AM – 12 PM TEMPAT PI1M KG KABIDANG LAPORAN AKTIVITI – BENGKEL KRAFTANGAN SIRI 1 Pada 14 Februari 2017, satu bengkel anyaman  anjuran bersama Pi1M Kg.Lawa telah dijalankan bersama komuniti di Pi1M Kabidang. Bengkel anyaman ini di ketuai oleh Cikgu Satina selaku tenaga pengajar daripada Kemas Beaufort. Program ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta yang terdiri daripada golongan ibu-ibu di sekitar Kampung Kabidang.   Bagi kelas yang pertama ini, pelajar diberi pendedahan mengenai barang-barang serta peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan beg kecil. Barang-barang yang diperlukan... read more

Majlis Kenduri Doa Selamat Sekampung 2017

30 January 2017 |

Majlis kenduri doa selamat sekampung ada majlis keagamaan yang diadakan pada setiap tahun di Kg. Lawa. Diadakan di Masjid Nur Yusop, pada 29 Januari 2017 majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan seterusnya tahlil dan doa selamat.  Kemudian Solat isyak berjemaah dan seterusnya Jamuan makan . Turut hadir dalam majlis ini ialah En. Marhadi M. Ardin iaitu Pegawai Perpaduan Daerah Beaufort, Ketua Kg. En. Rahim Yusop, Pengerusi KRT Kg. Lawa Tuan Hj. Jamaludin Musleh, Pengerusi JKKK Kg. Lawa En. Mat Jasli Abd Rahman dan 60 orang penduduk Kg. Lawa. Penyampaian... read more

Usahawan Warung Makanan - Salera Ilham

26 January 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Warung Salera Ihlam memang tidak asing lagi di kalangan pendudukan sekitar Kg. Gadong, menu utama yang menjadi penarikan pelangan ialah Roti Canai dan Roti Telur Sambal Bilis. Selain dari itu, Warung Salera Ilham juga menyediakan pelbagai hidangan lain iaitu Mee Goreng, Soto, Rojak dan lain-lain lagi. Beroperasi Lebih 10 Tahun, warung ini diuruskan oleh En. Hassan Bin Budrih sekeluarga. Waktu beroperasi ilah dari jam 4.00 petang sehingga jam 10.00 malam setiap hari. Lokasi warung terletak di Kg. Lawa. Warung Salera Ihlam juga banyak mendapat tempahan catering Roti Canai di sekitar... read more

Mesyuarat Pembentukan Ahli Jawatankuasa

17 January 2017 | Berita Terkini

Pada 17 Januari yang lalu iaitu pada hari selasa, mesyuarat bersama KRT dan JKKK Kg. Lawa telah diadakan di dewan terbuka Masjid Nur Yusop. Mesyuarat ini diadakan  bertujuan untuk membincangkan perancangan aktiviti bersama sepanjang tahun 2017. Seramai  13 orang  telah hadir iaitu Tuan Hj. Jamaluddin selaku pengerusi KRT Kg. Lawa, En. Mat Jasli Abd Rahman selaku pengerusi JKKK Kg. Lawa dan mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Hj. Jamaludin. Selain membincangkan aktiviti tahunan, mesyuarat tersebut juga diadakan untuk melantik AJK untuk KRT dan Pi1M Kg. Lawa Kabajang bagi sesi 2017-2018. Mesyuarat... read more

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

30 December 2016 | Berita Terkini

Pada 29 Disember 2016, sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di Masjid Nur Yusop Kg. Lawa. Aktiviti dimulai pada jam 3 petang iaitu gotong royong menyediakan makanan dan solat maghrib berjemaah dan diteruskan dengan berselawat, tahlil dan doa selamat. Jamuan makan sekampung selepas solat Ishak berjemaah adalah aktiviti penutup pada malam tersebut. Badan ibadah Masjid Nur Yusop telah menganjur Program ini bersama KRT, JKKK dan pihak Pusat Internet 1 Malaysia Kg Lawa. Seramai 60 orang telah menghadiri Sambutan Maulidur Rasul 2016 ini dan program telah tamat pada jam 10 malam. ... read more

Usahawan Kedai Runcit - Saidatul Aini

14 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Walaupun baru berumur 15 Tahun tidak menjadi penghalang untuk Saidatul Aini membantu menjaga kedai runcit milik keluarganya. Memulakan perniagaan secara kecil-kecilan pada 3 bulan yang lalu, kedai runcit Saidatil Aini telah menddapat sambutan dari penduduk setempat kerana selain menjual barangan runcit, mereka juga menjual barangan keperluan asas seperti sayur ikan dan daging segar. Selain menjual di kedai runcit, keluarga Saidatul Aini juga menjual ikan dan daging segar di tamu mingguan Pekan Beaufort.Dengan menggunakan Wifi KTW Pusat Internet, Saidatul dapat mempromosikan ikan segar ada meraka jual pada hari tersebut. ... read more

Usahawan Roti En. Ismail Yusop

14 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

En. Ismail Bin Yusop telah memulakan perniagaan membuat Roti Bun pada 2 tahun lepas iaitu pada tahun 2014, tidak pernah mengikuti kelas membuat roti, En. Ismail melangkah ke dalam perniagaan ini dengan pengalaman lebih kurang 5 tahun bekerja dengan orang lain. Setelah cukup pengalaman dan modal yang terkumpul hasil dari gaji beliau, En. Ismail memulakan peniagaan di rumah beliau sendiri dengan dikenali Sri Maju Bakery. Setalah 2 tahun berniaga dengan hanya membekalkan Roti Bun ke Kedai runcit sekitar rumahnya, hari ini beliau telah berjaya meluaskan perniagaanya membekalkan Roti Bun ke... read more

Advokasi (Klik Dengan Bijak)

30 November 2016 | Berita Terkini

  NAMA PROGRAM PROGRAM ADVOKASI (KLIK DENGAN BIJAK) SEMPENA CUTI SEKOLAH TARIKH 30 NOVEMBER 2016 MASA 1.00 PM - 4. 00 PM TEMPAT PI1M KG.LAWA KABAJANG   Program Advokasi Gabungan Pi1M Pedalaman Bawah Pada 30 hb NOVEMBER 2016, satu Program Advokasi tentang keselamatan dalam menggunakan internet atau dikenali juga sebagai KDB (Klik Dengan Bijak) telah dijalankan di Pi1M Kg.Lawa Kabajang. Program ini telah dikenadikan oleh En.Andarian Bin Osman, Penolong Pengurus Pi1M Kg.Lawa Kabajang. Seramai 10 otrang peserta telah mengikuti program ini Program ini merupakan inisiatif MCMC untuk membina warga digital. Pembinaan budaya pengunaan Internet secara positif berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara; dan... read more

lagi berita & aktiviti