Berita Terkini

Pembekal Pakaian Terpakai (Bundle) KMIX 100Kg Japan Laila Muidi Bin Budiman

29 April 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Encik Laila Muidi Bin Budiman yang berasal dari Kg. Melalugus Beaufort telah memulakan peniagaan membekal pakaian terpakai (Bundle) 100Kg K-Mix Japan pada awal tahun lalu. Bermula hanya menjual kepada kawan-kawan, perniagaan membekal Bundle telah meluas setelah mendapat respon yang positif dari pelangan yang pernah berurusan dengan En Laila Muidi. Dengan berbekalkan pengalaman selama setahun, En. Laila Muidi telah meluaskan perniagaanya sehingga ke Miri, Keningau, Tenom dan Beaufort. Banyak menggunakan medium laman sosial Facebook, Instagram dan Whatapps, perniagaannya telah tersebar luas dengan mudah. Kini En. Laila Muidi dalam perancangan membawa masuk stok... read more

Gadong Bundle Week

29 April 2017 |

Pusat Internet 1Malaysia Kg. Lawa Kabajang bersama Beaufort Vintage Lovers dan Komuniti Bawah Poko telah berkerjasama mengadakan Gadong Bundle Week pada 18-21 April 2017 bertempat di Tapak Tamu Kg Gadong, Beaufort. Antara pengisian program berkenaan ialah jualan pakaian terpakai, jualan pakaian baru, makanan dan minuman, persembahan Busking dan cabutan tiket bertuah yang telah disempurnakan oleh Yb Datuk Kamarlin Hj. Ombi, Adun N27 Lumadan merangkap Pembantu Menteri Kepada Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Kementerian Pelancongan, Kebudayaan  Dan Alam Sekitar Sabah. Program yang berlangsung selama 4 hari telah dihadiri lebih 1000 pengunjung... read more

Sambutan Israj Mikraj Peringkat Kg Lawa

29 April 2017 |

Pada 23 April 2017 (Ahad), Pusat Internet 1Malaysia telah bergabung bersama Jawatankuasa Masjid Nur Yusop dan KRT Kg. Lawa mengadakan Sambutan Israk Mikraj dan kenduri sekampung yang diadakan di Masjid Nur Yusop Kg. Lawa. Seramai 100 Orang penduduk Kg. Lawa telah menghadiri Program berkenaan yang bermula pada jam 2 petang iaitu gotong royong memasak makanan dan solat Maghrib berjemaah seterusnya Ceramah Israk Mikraj yang disampaikan oleh Ustaz Sahril Efindi Bin Ismaili, Pegawai Penyelia Masjid Daerah Membakut. Seterusnya Solat Isyak berjemaah dan jamuan makan. Majlis berakhir pada jam 10.30 Malam. ... read more

Mesyuarat Sambutan Israk Mikraj Peringkat Kg Lawa

29 April 2017 |

Pada 15 April 2017 (Sabtu) yang lalu, Pi1M Kg. Lawa Kabajang telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat Program Sambutan Israk Mikraj bersama Badan Ibadah Masjid Nur Yusop dan KRT Kg Lawa. Mesyuarat yang diadakan di Dewan Terbuka Masjid Nur Yusop telah dihadiri oleh Ketua Kampung, Pengerusi JKK, Pengerusi KRT dan Badan Ibadah Masjid Nur Yusop dan ahli jawatankuasa yang lain. Perbincangan telah menetapkan tarikh pelaksanaan dan bajet kewangan yang untuk jamuan makan dan bayaran penceramah yang akan membuat ceramah pada program Sambutan Israk Mikraj. Bajet Kewangan telah dikeluarkan oleh KRT kg... read more

Bengkel Biskut Raya (Tart Nenas Gebu dan Tart Nenas Cheese

29 April 2017 |

Pada 11 April bersamaan dengan hari Selasa, satu bengkel membuat biskut raya telah di jalankan di Pusat Internet 1 Malaysia Kabidang bersama dengan Pusat Internet 1Malaysia Kg. Lawa Kabajang. Seramai 6 orang peserta telah mengikuti bengkel tersebut. Bengkel ini bermula pada jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 12 tengah hari. Peserta turut diberi pendedahan bagaimana mahu mencari resepi dengan menggunakan internet. Terdapat dua jenis biskut yang telah berjaya di hasilkan iaitu tart nenas gebu dan juga tart nenas cheese. Peserta di beri peluang untuk membuat sendiri biskut ini. Semoga dengan adanya... read more

Train the Trainer Advokasi Bersama PI1M 2017

01 April 2017 | Berita Terkini

Pada 14 Mac 2017, seramai 83 orang Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia telah menghadiri Train the Trainer Advokasi Bersama PI1M 2017 bertempat The Pasific Sutera Hobour Kota kinabalu.         Program ini diadakan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia adalah bertujuan untuk menerangkan kepada staf Pi1M mengenai pelaksanaan program advokasi  MCMC dan peranan Pi1M dan pemberi perkhidmatan dalam melaksanakan program advokasi. Majlis ini telah dihadiri oleh wakil dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Putrajaya dan telah dirasmikan oleh Pengarah Pejabat Wilayah Sabah dan Persekutuan Labuan SKMM En. Mazlan Othman. ... read more

Program Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti (FACE)

01 April 2017 | Berita Terkini

Pada 25 Mac 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Lawa Kabajang dan Kg. Kabidang telah mengadakan pameran sempena Majlis Pelancaran Program Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti (FACE) yang telah diadakan di perkarangan Sekolah Agama Negeri Kg. Rancangan Beaufort. Turut serta dalam pameran tersebut ialah wakil daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.                 Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Hajjah Azizah Binti Mohd Dun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat Malaysia merangkap Ahli Parlimen P 177 Beaufort. Pameran tersebut telah menarik perhatian pengunjung dan sekaligus dapat memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia dan... read more

PROGRAM ADVOKASI (KLIK DENGAN BIJAK) SK LUBOK

16 February 2017 | Berita Terkini

 NAMA PROGRAM PROGRAM ADVOKASI (KLIK DENGAN BIJAK)  SK LUBOK TARIKH 16 FEB 2017 MASA 8 AM – 10 AM TEMPAT SMK GADONG LAPORAN AKTIVITI – PROGRAM ADVOKASI (KLIK DENGAN BIJAK) SK LUBOK Pada 16hb Februari 2017 bersamaan hari Khamis, satu Program Advokasi tentang keselamatan dalam menggunakan internet atau dikenali sebagai KDB (Klik Dengan Bijak) telah diadakan di SK Lubok, Weston, Sabah. Sebanyak tiga buah Pi1M yang terlibat dalam menjayakan program ini iaitu Pi1M Lubok Weston, Pi1M Pekan Weston dan Pi1M Lawa Kabajang. Program ini melibatkan pelajar tahun 3, 4, 5 dan 6 serta beberapa orang guru sekolah tersebut.                   Objektif... read more

PROGRAM SARANA MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU SMK GADONG & KDB

23 February 2017 | Berita Terkini

 NAMA PROGRAM PROGRAM SARANA MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU SMK GADONG & KLIK DENGAN BIJAK TARIKH 23 FEB 2017 MASA 8.30 AM – 12 PM TEMPAT SMK GADONG LAPORAN AKTIVITI – PROGRAM SARANA MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU SMK GADONG & KLIK DENGAN BIJAK Pada 23 Februari 2017, Pusat Internet 1 Malaysia telah dijemput dalam Program Sarana Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru di SMK Gadong. Pusat Internet 1 Malaysia telah diwakili oleh Cik Nur Hidayah Awang dari PI1M Kabidang dan CIk Noraziera dari PI1M Lawa Kabajang untuk memberikan ceramah dan taklimat mengenai keselamatan dalam menggunakan... read more

BENGKEL KRAFTANGAN SIRI 1 (ANYAMAN BEG)

14 February 2017 | Berita Terkini

 NAMA PROGRAM BENGKEL KRAFTANGAN SIRI 1  (ANYAMAN BEG) TARIKH 14 FEB 2017 MASA 9 AM – 12 PM TEMPAT PI1M KG KABIDANG LAPORAN AKTIVITI – BENGKEL KRAFTANGAN SIRI 1 Pada 14 Februari 2017, satu bengkel anyaman  anjuran bersama Pi1M Kg.Lawa telah dijalankan bersama komuniti di Pi1M Kabidang. Bengkel anyaman ini di ketuai oleh Cikgu Satina selaku tenaga pengajar daripada Kemas Beaufort. Program ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta yang terdiri daripada golongan ibu-ibu di sekitar Kampung Kabidang.   Bagi kelas yang pertama ini, pelajar diberi pendedahan mengenai barang-barang serta peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan beg kecil. Barang-barang yang diperlukan... read more