Majlis Berbuka Puasa Klustering Beaufort Bersama Anak YAtim Al amin 2019

16 May 2019 | Berita Terkini
Tarikh 15 Mei 2019 ( Rabu)
Masa 5 -8 PM
Tempat Rumah Anak Yatim Al Amin Beaufort
Objektif Program Amal Pi Sempena Bulan Ramadan

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Al Amin merupakan acara tahunan Pi Kluster Beaufort dalam bulan Ramadan. Seramai 23 orang pelajar lelaki , 23 orang pelajar perempuan beserta 6 kakitangan  rumah anak yatim  diraikan . Program Kluster ini melibatkan Pi Lawa Kabajang, Pi Pekan Membakut, Pi Kabidang, Pi Bambangan, Pi Lubuk Weston ,Pi Weston dan Pi jemputan iaitu Pi Tenambak Kuala Penyu. 

Setelah usai berbuka puasa dan solat maghrib, program diteruskan dengan pemberian saguhati senaskah yasin & tasbih beserta sampul raya . Kegembiraan terpancar di wajah anak-anak ini kerana majlis ini dapat mendekatkan mereka dengan masyarakat khasnya komuniti Pusat Internet. Kami sangat berbesar hati kerana diberi peluang berbuka bersama-sama mereka dan program ini akan dilaksanakan lagi pada tahun-tahun akan datang.