Program Sumbangan Amal Kepada Golongan Asnaf 2019

16 May 2019 | Berita Terkini
Tarikh 15 Mei 2019 (Rabu)
Masa 9- 11 AM 
Tempat Kg Gadong /Beringin/Garama/Lawa/Kabajang
Objektif Program Amal PI dan servis komuniti

Sempena Bulan Ramadan, Pusat Internet Kg Lawa telah melaksanakan program komuniti mendekatkan Pi dengan golongan yang kurang berkemampuan melalui sumbangan amal . Sumbangan berupa wang tunai dan barangan dapur untuk meringankan mereka dalam menjalani ibadah puasa. 

Program menyerahan sumbangan turut di iringi oleh Ketua Kampung Lawa Encik Sanuin dan MPKK Encik Ismail Angkulan. Lebih 10 buah keluarga terlibat dalam program ini dan diharap program seumpama ini dapat dijadikan acara tahunan sempena bulan ramadan.