En Mohd Talipin - Usahawan Anak Ikan Talipia

22 September 2016 | Berita Terkini
En. Mohd Talipin adalah seorang usahawan perternakan secara kecil-kecilan anak ikan Talapia. Bermula pada tahun 2014 sehingga kini, En. Mohd Talipin yang dibantu oleh anaknya telah menjual lebih 20,000 anak ikan talapia di sekitar daerah Beaufort. Menggunakan Laman sosial Facebook sebagai medium promosi telah memberi impak positif kepada perniagaan beliau. Mempunyai sebuah kolam untuk tujuan penternakan dan 5 buah kolam untuk pengasingan anak ikan Talapia. Anak ikan Talapia En. Mohd Talipin dijual bermula dengan harga RM0.20 sehingga RM0.50 mengikut gred saiz. Pelangan En. Mohd Talipin terdiri daripada pengusaha Perternakan ikan air tawar jenis Talapia dan ada pelangan yang baru menceburi bidang penternakan ikan Talapia untuk persendirian. Bertugas sebagai warga pendidik tidak menghalang En. Mohd Talipin untuk menjalankan perniaganya selain di bantu oleh keluarga beliau. Sesiapa yang berminat mendapatkan anak ikan Talapia boleh menghubungi En. Mohd Talipin di talian 019 5815688 dan Facebook Mohd Talipin Hk Fmst.