Program Keusahawanan - Usahawan Cilik

30 September 2016 | Berita Terkini

 

NAMA PROGRAM

USAHAWAN CILIK

TARIKH

18 SEPTEMBER 2016

MASA

2.00 PM – 4.30 PM

TEMPAT

PI1M KABIDANG



Usahawan Cilik

Pada 18 September 2016 bersamaan dengan hari Ahad, satu aktiviti keusahawanan telah dijalankan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Kabidang Beaufort. Aktiviti ini dijalankan bersama Pusat Internet 1 Malaysia Kg Lawa Kabajang iaitu Cik Noraziera sebagai wakilnya. Program ini adalah salah satu usaha Pusat Internet untuk memperkenalkan bidang keusahawanan kepada pelajar sekolah dan satu usaha  untuk memupuk minat mereka dalam bidang keusahawanan.

Program keusahawanan kali ini adalah pembuatan kek berasaskan biskut dan tanpa menggunakan sebarang peralatan memasak iaitu pembuatan “Cheesekut Leleh”. Program dimulakan dengan penerangan mengenai bahan-bahan yang akan digunakan serta peralatan yang digunakan semasa proses membuat cheesekut leleh tersebut. Peserta juga diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman membuat cheesekut leleh sendiri mengikut kreativiti masing-masing.

Semangat peserta sepanjang program membuat cheesekut leleh sangat tinggi dan semoga aktiviti ini akan berupaya memupuk minat peserta untuk menjadi usahawan yang berilmu serta berpendidikan.

 Lampiran 1 : Gambar

Gambar 1 : Program Mini Keusahawanan bersama Pi1M Kabidang

Gambar 2 : Peserta cilik diberi peluang untuk membuat Cheesekut Leleh mereka sendiri.

Gambar 3 : Adik Tarmizi dan Adik Yusree sebagai peserta terakhir membuat Cheesekut Leleh

Gambar 4 : Cheesekut Leleh yang dihasilkan oleh usahawan cilik