Mesyuarat Bersama JKK dan KRT bagi Sambutan Hari Sukan Negara 2016

10 October 2016 |
Pada 30 September 2016, Pi1M Kg. Lawa Kabajang bersama JKK dan KRT Kg. Lawa telah mengadakan mesyuarat untuk melaksanakan Sambutan Hari Sukan Negara 2016 yang akan dilaksanakan serentak di seluruh negara pada 8 Oktober 2016. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi KRT Kg. Lawa Tuan Hj. Jamaluddin Hj. Musleh. Pada mesyuarat tersebut telah dibincangkan aktiviti dan pembahagian AJK pelaksana untuk melancarkan Sambutan Hari Sukan Negara 2016 peringkat Kg. Lawa. Bajet RM500 telah dikeluarkan oleh JKK Kg. Lawa dan pihak Pi1M dan KRT tidak perlu mengeluarkan bajet. Mesyuarat berakhir pada jam 10.30 malam dengan jamuan ringan.