Jota Joti Bersama Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah Bahagian Pedalaman Bawah

25 October 2016 | Berita Terkini

Pada 15 Oktober 2016, Pusat Internet 1 Malaysia telah dijemput oleh Persekutuan Pengakap Malaysia cawangan sabah bahagian pedalaman bawah untuk mengendalikan program Jamboree On The Internet 2016 sempena sambutan Jota Joti Beaufort Station 2016 bertempat di Kolej Vokasional Beaufort. Peranan PI1M di dalam Program berkenaan adalah menghubungkan Pengakap yang berada di Beaufort Station dengan Pengakap lain di seluruh dunia melalui ScoutLink Chat dan Skype. Seramai 120 orang ahli Pengakap dari sekolah sekitar daerah Beaufort telah menyertai Program tersebut. Pada tahun ini adalah buat kali ke dua PI1M dijemput untuk mengendalikan Program Joti .