Pn Saimah - Usawahan Pakaian Terpakai

28 October 2016 | Berita Terkini

Merupakan seorang suri rumah sepenuh masa, menjalankan perniagaan Pakaian Terpakai atau lebih dikenali sebagai pakaian bundle. Puan Saimah mula berniaga bundle pada Julai 2016. Menjalankan perniagaan bersama keluarga hanya di rumah dan di tamu mingguan Pekan Beaufort iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu. Pelangan beliau terdiri daripada orang kampung dan pekerja ladang sawit yang terdapat di sekitar kg Lawa. Mula berniaga bundle apabila ada saudara mara yang turut berniaga bundle dan memandangkan harga pakaian terpakai ini murah dan mampu dimiliki oleh penduduk di sekitar Kg Lawa. Kini Puan Saimah sekeluarga dalam proses menambah keluasan tempat berniaga di kawasan rumah meraka sendiri. Jika berminat bolehlah menghubungi beliau di talian 013-8689272 atau FB anak beliau Kiong Andarian Jr.