Advokasi (Klik Dengan Bijak)

30 November 2016 | Berita Terkini

 

NAMA PROGRAM

PROGRAM ADVOKASI (KLIK DENGAN BIJAK) SEMPENA CUTI SEKOLAH

TARIKH

30 NOVEMBER 2016

MASA

1.00 PM - 4. 00 PM

TEMPAT

PI1M KG.LAWA KABAJANG

 

Program Advokasi Gabungan Pi1M Pedalaman Bawah

Pada 30 hb NOVEMBER 2016, satu Program Advokasi tentang keselamatan dalam menggunakan internet atau dikenali juga sebagai KDB (Klik Dengan Bijak) telah dijalankan di Pi1M Kg.Lawa Kabajang. Program ini telah dikenadikan oleh En.Andarian Bin Osman, Penolong Pengurus Pi1M Kg.Lawa Kabajang. Seramai 10 otrang peserta telah mengikuti program ini Program ini merupakan inisiatif MCMC untuk membina warga digital. Pembinaan budaya pengunaan Internet secara positif berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara; dan membangunkan keupayaan untuk menilai, menerokai & membangunkan pelbagai jenis kandungan dan perkhidmatan media.

Objektif Advokasi MCMC ini adalah untuk:

  1. Berusaha untuk memperkasakan pengetahuan dan kemahiran digital di kalangan rakyat Malaysia, khususnya untuk menggalakkan penggunaan oleh masyarakat yang kurang liputan perkhidmatan;
  2. Mewujudkan kesedaran tentang kepentingan literasi digital dan media serta menggalakkan penyertaan masyarakat dalam persekitaran digital; dan
  3. Untuk mewujudkan MCMC sebagai agensi pembangunan dan kawal selia  bagi industri komunikasi dan multimedia.

 

Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan diharapkan dapat melahirkan warga digital yang baik dan mampu menggunakan pelbagai media untuk mengakses, menganalisis  serta  menghasilkan maklumat untuk keperluan dalam kehidupan seharian.