Usahawan Roti En. Ismail Yusop

14 December 2016 | Berita Terkini

En. Ismail Bin Yusop telah memulakan perniagaan membuat Roti Bun pada 2 tahun lepas iaitu pada tahun 2014, tidak pernah mengikuti kelas membuat roti, En. Ismail melangkah ke dalam perniagaan ini dengan pengalaman lebih kurang 5 tahun bekerja dengan orang lain. Setelah cukup pengalaman dan modal yang terkumpul hasil dari gaji beliau, En. Ismail memulakan peniagaan di rumah beliau sendiri dengan dikenali Sri Maju Bakery. Setalah 2 tahun berniaga dengan hanya membekalkan Roti Bun ke Kedai runcit sekitar rumahnya, hari ini beliau telah berjaya meluaskan perniagaanya membekalkan Roti Bun ke seluruh daerah Beaufort, Membakut, Kuala Penyu, Menumbok dan Sipitang. Dengan Dibantu oleh isteri dan mengambil 2 orang jirannya sebagai pekerja, En Ismail dapat mengeluarkan 200 bungkus Roti Bun dalam sehari. Pada Setiap minggu En. Ismail akan datang ke Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Lawa Kabajang untuk membuat label produk Roti Bun beliau. Rancangan pada masa hadapan beliau ialah akan mendirikan kilang bersebelahan dengan rumahnya dan dapat memasarkan Produk Roti Bunnya di seluruh negari Sabah dan memasuki negeri Sarawak dan Brunei.