SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

30 December 2016 | Berita Terkini

Pada 29 Disember 2016, sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di Masjid Nur Yusop Kg. Lawa. Aktiviti dimulai pada jam 3 petang iaitu gotong royong menyediakan makanan dan solat maghrib berjemaah dan diteruskan dengan berselawat, tahlil dan doa selamat. Jamuan makan sekampung selepas solat Ishak berjemaah adalah aktiviti penutup pada malam tersebut. Badan ibadah Masjid Nur Yusop telah menganjur Program ini bersama KRT, JKKK dan pihak Pusat Internet 1 Malaysia Kg Lawa. Seramai 60 orang telah menghadiri Sambutan Maulidur Rasul 2016 ini dan program telah tamat pada jam 10 malam.