Ekonomi dan Keusahawanan

Punca pendapatan penduduk Kg. Lawa ialah

- Kelapa Sawit
- Kedai Runcit
- Nelayan Air Tawar
- Gerai Makan
- Pengusaha kuih 
- Kakitangan Kerajaan

Kelapa Sawit
Hampir 80% daripada keluarga di Kg. Lawa mengusahakan Tanaman Kelapa Sawit untuk menyara keluarga. Kebanyakan kebun penduduk berada di dalam Kg. Lawa dan ada juga yang berada di Kg berdekatan.

Kedai Runcit
Sebanyak 5 buah kedai runcit yang terdapat di Kg. Lawa. Antara barangan yang dijual adalah barangan keperluan asas. Kedai runcit ini mudah dikunjungi kerana hanya berada di tepi jalan utama. Walaupun jumlah kedai runcit terlalu banyak, tetapi pengusaha kedai runcit di kg ini tetap menjalankan perniagaan mereka secara sihat.

Nelayan Air Tawar
Kg. Lawa memiliki tasik yang sangat unik. Terdapat beberapa orang penduduk yang menjadikan hasil tangkapan ikan di Tasik ini sebagai mata pencarian Sampingan keluarga dan telah berdaftar di bawah Ko-Nelayan. Kebanyakan mereka menjual ikan-ikan segar ini kepada penduduk Kampung dan ada juga yang menjual hasil tangkapan mereka di Tamu Mingguan Kg. Gadong pada setiap hari ahad.

Gerai Makan
Di Kg. Lawa terdapat sebuah gerai makan yang diusahakan oleh penduduk kampung sendiri. Menu utama di gerai ini ialah Roti Canai dan roti telur selain daripada menu-menu yang biasa seperti mee goreng, nasi goreng dan soto. Beroperasi bermula jam 4 petang sehingga jam 9 malam. Kebanyakan pengunjung terdiri dari penduduk kampung dan juga luar kampung.

Pengusaha Kuih
Selain menjalankan tanggungjawab sebagai suri rumah, ada beberapa orang suri rumah membantu keluarga dengan manjual kuih muih pada setiap pagi. Selain itu, terdapat juga yang membuat kuih seperti Kuih Kering, Popia dan kerepet pisang untuk dijual di kedai runcit di sekitar Kg. Lawa.

Kakitangan Kerajaan
Hampir 30% penduduk kampung Lawa bekerja sebagai kakitangan kerajaan seperti guru, polis, tentera, bomba dan jawatan awam yang lain. Kebanyakan mereka tidak tinggal di Kg Lawa, sebaliknya menetap di kawasan mereka bertugas.
© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.