Kemudahan Awam

Kemudahan awam yang terdapat di Kg. Lawa, Beaufort.
 
1. Masjid Nur Yusop
     Masjid yang di bina pada tahun 2010 ini dapat memuatkan 100 orang jemaah. Selain menjadi tempat beribadat, Masjid ini juga berfungsi sebagai pusat komuniti menjalankan aktiviti lain seperti kelas keagamaan, kenduri sekampung, 
     dan ceramah keagamaan. 

2. Dewan Terbuka Kg. Lawa
    Dewan ini terletak bersebelahan dengan Masjid Nur Yusop. Kebanyakan aktiviti komuniti Kg. Lawa diadakan disini seperti acara-acara rasmi, gotong royong, dan program bersama komuniti. Mesyuarat seperti KRT, Badan Ibadah,               Persatuan wanita juga turut diadakan di dewan ini.

3. Gelanggang Bola Tampar
    Terletak di hadapan Masjid Nur Yusop. Merupakan tempat belia menjalankan aktiviti riadah. Selain itu, aktiviti sukaneka juga diadakan disini.

4. Pusat Internet 1 Malaysia
    Terletak berhampiran dengan Masjid Nur Yusop. Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) merupakan inisiatif daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai tempat belajar ICT selain boleh melayari internet.
© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.