Maklumat Tempatan

Maklumat Kampung dan Komuniti Kg. Lawa



              Asal usul nama Kg. Lawa ialah sebuah tempat yang cantik, indah dan damai. Kg. Lawa adalah sebahagian dari Dun Lumadan dan Parlimen Sipitang. Mempunyai kepadatan penduduk seramai 300 orang. Selain bekerja di sektor awam dan swasta, penduduk Kg. Lawa juga menjalankan aktiviti pertanian sebagai sumber ekonomi utama. Tanaman utama penduduk Kg. Lawa ialah kelapa sawit dan getah. Di Kg. Lawa juga terdapat tasik yang dipangil Logon Lawa berasal dari Sungai Padas dan sebahagian penduduk Kg. Lawa menjalankan aktiviti menangkap ikan air tawar di tasik ini untuk menambah pendapatan ataupun untuk dimakan bersama keluarga. Di kampung inilah juga terletaknya Loji Penapisan Air yang debekalkan kepada Wilayah Persekutuan Labuan iaitu Encorp Utilites. Kg. Lawa juga sangat terkenal dengan Banjir kerana setiap tahun apabila air Sungai Padas melimpah, Kg. Lawa antara kampung awal yang terjejas dengan keadaan banjir. Ketua Kg. Lawa ialah En. Rahim B. Yusop dan Pengerusi JKKK ialah En. Mat Jasli B. Abd Rahman manakala Pengerusi KRT pula ialah Tuan Hj. Jamaluddin B. Musleh.


© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.