Berita & Aktiviti Terkini

Freelancer Designer Berjaya

14 December 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Nurul Zafran Razak atau dikenali dengan nama samaran Syikin merupakan seorang freelance designer yang terkenal di sekitar Kuala Berang. Beliau merupakan penduduk Kampung Gaung tetapi ibu bapanya merupakan warga Kampung Lerek. Beliau mula berkecimpung dalam bidang designer pada tahun 2011 lagi. Hal ini ekoran daripada minat yang medalam dalam diri beliau terhadap bidang ini. Pengalaman beliau dalam mereka bentuk ini bermula ketika beliau membuat kerja sambilan di kedai Buku Arwa Sdn Bhd di Kuala Berang. Setelah itu tercetus idea dalam diri beliau untuk memulakan perniagaan sendiri. Zafran giat membuat reka bentuk... read more

Hari Terbuka PI1M Kg Lerek 2017

14 December 2017 | Berita Terkini

Pada 11/12/2017 yang lepas, Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Lerek telah menganjurkan ‘Open Day’ atau Hari Terbuka yang merupakan acara tahunan bagi semua Pusat Internet 1 Malaysia. Bagi PI1M Kampung Lerek, ianya merupakan Open Day yang pertama sejak mula beroperasi pada Mei 2017. Pihak Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Lerek telah mengadakan persiapan yang lebih awal dan mengedarkan ‘flyers’ kepada penduduk dan kawasan sekitar Kampung Lerek bagi menarik lebih ramai orang ke Open Day tersebut.     Open Day yang bermula pada jam 9 pagi hingga 1 petang itu telah mendapat penyertaan lebih... read more

PERTANDINGAN BADMINTON BEREGU TERTUTUP KAMPUNG LEREK

25 November 2017 | Berita Terkini

  Bagi melahirkan masyarakat yang lebih sihat dan cergas, satu pertandingan regu badminton telah dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Lerek dengan kerjasama JKKK Kg Lerek dan juga ahli PI1M Kg Lerek. Pertandingan ini telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 16 hingga 17 November 2017 memandangkan ianya mendapat sambutan yang menggalakkan ketika sesi pendaftaran yang telah diadakan lebih awal. Pertandingan ini terbuka kepada komuniti lelaki Kampung Lerek yang berumur 15 tahun ke atas sahaja. Seramai 24 peserta telah mendaftarkan diri dan ini membentuk 12 regu yang akan bertanding. Turut serta... read more

Hari Timun Peringkat Hulu Terengganu

25 November 2017 | Berita Terkini

Pada 22 November 2017 yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Kg Lerek yang termasuk dalam Kluster Hulu Terengganu telah dijemput untuk menyertai Program Hulu Terengganu Cucumber Day 2017 anjuran Pejabat Daerah Hulu Terengganu. Antara jabatan-jabatan yang terlibat dalam menjayakan program ini ialah Pejabat Pertanian Daerah, Pertubuhan Peladang, AGRO Bank, FAMA dan East Vege Sdn. Bhd. Selain itu, mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) turut dijemput bagi memeriahkan program. Sesi pendaftaran bermula pada jam 8 pagi setelah semua peserta tiba di perkarangan Pasar Kuala Berang. Kemudian aktiviti seterusnya berlangsung iaitu... read more

Usahawan Kambing Bakar

25 November 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Raja Mohd Ghazi Bin Raja Lias berusia 27 tahun, menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan dan menamatkan pengajian di Universiti Malaysia Pahang kini bergelar seorang usahawan walaupun masih setahun jagung dalam bidang perniagaan. Beliau yang terkenal dengan master of kambing bakar terutamanya dalam kalangan rakan-rakan telah mula menceburi bidang perniagaan kambing bakar ini sejak Ramadhan 2014 lagi. Setelah percubaan pertamanya mendapat feedback yang menarik,beliau memberanikan diri selari dengan sifat seorang usahawan untuk meneruskan perniagaan ini sehingga ke hari ini.     Beliau mendapat modal untuk memulakan perniagaan kambing bakar... read more

MAJLIS BACAAN YASSIN BERSAMA KAUM WANITA KAMPUNG LEREK

27 October 2017 | Berita Terkini

  Pada 26 Oktober 2017, satu aktiviti yang melibatkan kaum wanita telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia. Aktiviti bacaan Surah Yassin ini diadakan bertujuan memohon kelancaran dalam pengurusan dan operasi di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Lerek. Selain itu, bacaan Surah Yassin juga diadakan bagi memohon kelancaran kepada pelajar-pelajar bagi menjawab soalan Peperiksaan Akhir Tahun yang akan bermula pada minggu hadapan.   Seramai 23 orang kaum wanita telah hadir ke Pusat Internet 1 Malaysia Kg Lerek untuk memenuhi undangan bacaan Surah Yassin ini. Mereka kebanyakkannya membawa Surah Yassin beserta air kosong yang... read more

PERTANDINGAN DAM HAJI TERTUTUP KAMPUNG LEREK

27 October 2017 | Berita Terkini

  Pada 13 Oktober 2017 yang lepas, Pusat Internet 1 Malaysia Kg Lerek telah mengadakan satu pertandingan yang melibatkan satu permainan sepanjang zaman iaitu dam haji. Pertandingan ini terbuka kepada semua penduduk Kg Lerek dan lapisan umur. Pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Lerek telah menghebohkan lebih awal mengenai pertandingan ini kepada penduduk setempat bagi menggalakkan lebih penyertaan.   Pertandingan dam haji ini telah bermula pada jam 10 pagi dengan penyertaan seramai 26 orang. Golongan yang terlibat melibatkan golongan dewasa dan veteran. Memandangkan pertandingan ini diadakan pada hari Jumaat, peserta diberikan rehat... read more

Penternak Ikan Air Tawar Berjaya

09 October 2017 | Profil Usahawan Tempatan

    Tasik atau Sungai Como yang terletak di Hulu Terengganu, bakal menjadi pusat pengedar ikan air tawar terbesar di negeri ini. Tasik tersebut bersambung dengan tasik yang terbesar di sini iaitu Tasik Kenyir. Terdapat penternak ikan air tawar yang berasal dari Kampung Lerek yang menjalankan kegiatan menggusahakan ikan air tawar di tasik berkenaan. Pengusahanya, ialah Wan Hafizuddin Bin Wan Hasan merupakan penduduk kampung Lerek yang berkecimpung dalam bindang ini selama lima tahun. Beliau berkata, inisiatif menjadikan perusahaannya itu adalah hasil bantuan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan usahanya yang tidak pernah... read more

Kayuhan Berbasikal Bawah 12 Tahun Sempena Hari Kemerdekaan

25 September 2017 | Berita Terkini

  Pada 16 September 2017 yang lalu, bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia, Pusat Internet 1 Malaysia Kg Lerek telah menganjurkan satu program iaitu Kayuhan Berbasikal Bawah 12 Tahun Sempena Hari Malaysia. Seramai 16 orang pelajar telah terlibat dengan program ini. Tidak ketinggalan penduduk kampung, belia dan ibubapa juga menyertai program ini yang menjadikan keseluruhan lebih 50 penyertaan.   Aktiviti ini bermula pada jam 8 pagi dimana peserta yang terlibat akan berkumpul di hadapan PI1M Kg Lerek. Sedikit taklimat telah disampaikan oleh JKKK Kg Lerek iaitu Encik Azmi Bin Talib. Peserta juga dibekalkan dengan... read more

Program Sayangi Mata Anda

14 September 2017 | Berita Terkini

  Satu program kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia Kg Lerek dan Kedai Optik Peco yang berpusat di Kemaman, Terengganu telah diadakan di PI1M Kg Lerek pada 12 September 2017. Program yang dianjurkan ini bermula pada jam 10 pagi hingga 1 tengahari. Program ini juga terbuka kepada penduduk sekitar Kg Lerek dan tidak mengira lapisan umur.   Antara aktiviti yang diadakan ialah pemeriksaan mata secara percuma dan khidmat nasihat mengenai penjagaan mata. Seramai 27 orang penduduk datang ke Pusat Internet 1 Malaysia Kg Lerek bagi membuat pemeriksaan mata secara percuma tersebut. Warga emas juga... read more

lagi berita & aktiviti