Majlis Berbuka Puasa Bersama Ahli PI1M Dan Komuniti

29 June 2016 |

TARIKH: 22 JUN 2016

MASA: 6.30 PM - 8.30 PM

TEMPAT: DEWAN MASJID KAMPUNG MENERONG

 

Majlis Berbuka Puasa Bersama Ahli PI1M Kampung Menerong telah diadakan pada 22 Jun 2016 ( Rabu ) di Dewan Masjid Kampung Menerong. Program ini melibatkan seramai 20 orang ahli PI1M dan komuniti Kampung Menerong. Secara keseluruhannya, program ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya sebagaimana yang telah dirancang. Bermula seawal jam 6.30 petang, ahli PI1M dan komuniti Kampung Menerong telah berkumpul di Dewan Masjid Kampung Menerong bagi menjayakan program ini. Program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di kalangan ahli PI1M dan komuniti setempat. Program ini juga melibat ahli-ahli PI1M dan komuniti di sekitar Kampung Menerong. Lebih menjurus kepada aktiviti bersama komuniti.