Mary Kay Beauty Consultant

16 August 2016 |

TARIKH: 29 JULAI 2016

MASA: 9.00 AM - 2.30 PM

TEMPAT: DEWAN MASJID KAMPUNG MENERONG

 

Mary Kay Beauty Consultant Bersama Ahli PI1M Kampung Menerong telah diadakan pada 29 Julai 2016 ( Jumaat ) di Dewan Masjid Kampung Menerong. Program ini melibatkan lebih 20 orang ahli PI1M Kampung Menerong. Secara keseluruhannya, program ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya sebagaimana yang telah dirancang. Bermula seawal jam 8.30 pagi, ahli PI1M Kampung Menerong telah berkumpul di Dewan Masjid Kampung Menerong bagi menjayakan program ini. Program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di kalangan ahli PI1M disamping mempelajari cara-cara penjagaan diri dengan betul. Program ini juga melibat ahli-ahli PI1M di sekitar Kampung Menerong.