Lawatan Tadika KEMAS ke PI1M

29 August 2016 |

TARIKH: 23 OGOS 2016

MASA: 9.30 PM - 12.30 PM

TEMPAT: PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA KAMPUNG MENERONG

 

Tadika KEMAS Kampung Menerong telah mengadakan lawatan ke Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Menerong pada 23 Ogos 2016 ( Selasa ). Program ini melibatkan seramai 14 orang kanak-kanak Tadika KEMAS dan 2 orang guru pengiring. Secara keseluruhannya, program ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya sebagaimana yang telah dirancang. Bermula seawal jam 9.15 pagi, kanak-kanak tadika dan guru-guru pengiring telah berkumpul di Pusat internet Kampung Menerong bagi menjayakan program ini. Program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di kalangan staff PI1M dan kanak-kanak Tadika KEMAS. Program ini juga diselitkan oleh tayangan video tentang kempen kitar semula.