Aznina Binti Mohammad Usahawan Muda Maruku Original

20 November 2016 | Kisah Kejayaan

Aznina Binti Mohammad ialah antara usahawan muda yang mula berkecimpung didalam bidang perniagaan Maruku secara kecil-kecilan. Beliau berumur 27 tahun dan berasal dari Kampung Felda Tersat. Aznina sangat rajin dalam memajukan perniagaannya. Beliau bercita-cita untuk kembangkan perniagaannya kearah yang lebih tinggi. Maruku yang dihasilkan sentiasa mendapat sambutan orang ramai. Aznina mula memikirkan idea untuk membina nama sendiri dalam perniagaan pada tahun 2015 dimana orang ramai telah membuat tempahan darinya ketika musim perayaan dan oleh itu beliau sangat teruja dalam pembuatan Maruku ciptaan sendiri bagi memuaskan hati pelanggan.

Bagi mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada, Aznina menggunakan kemudahan teknologi terkini untuk mencapai kejayaan beliau melalui sambungan jalur lebar percuma yang disediakan oleh Pi1M Kampung Menerong. Beliau menggunakan aplikasi Whatsapp, Wechat dan juga Facebook untuk urusan jual beli produk yang dihasilkannya. Orang ramai juga boleh menghubungi beliau secara atas talian dan boleh terus kerumah nya di Jalan Cempaka, Felda Tersat untuk membeli atau membuat tempahan Maruku. Beliau selalu mempromosikan produk beliau kepada orang ramai.

Mempelajari cara penggunaan internet amatlah penting bagi beliau untuk kembangkan lagi perniagaannya, beliau dapat menambah ilmu perniagaan serta keusahawanan dengan melayari laman sesawang dan juga menghadiri kelas keusahawanan untuk memantapkan lagi skill perniagaannya.

Pada pandangan Aznina, wujudnya Pi1M di kawasan luar bandar sangat membantu kerana dapat memberi manfaat disamping dapat menambah duit poket dengan menggunkaan internet dan juga jalur lebar sebagai medium untuk memulakan perniagaan dan mempromosikannya.  

Tarikan utama untuk datang dan menggunakan kemudahan di Pi1M Kampung Menerong ialah kemudahan internet dan sambungan jalur lebar serta tempat yang yang boleh mencari idea disamping untuk belajar sesuatu yang baru.  

Cadangan beliau ialah supaya pihak Pi1M selalu memberi ilmu yang baru kepadaa semua.