PERTANDINGAN MELUKIS POSTER

23 December 2016 | Berita Terkini

 

TARIKH: 6 DISEMBER 2016

MASA: 10.00 AM – 1.00 PM

TEMPAT: PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA KAMPUNG MENERONG

 

Pertandingan melukis poster telah diadakan pada 6 Disember 2016 di Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Menerong. Ianya melibatkan 12 orang ahli PI1m di kampung Menerong. Sebelum bermulanya pertandingan melukis poster, para peserta di beri kelonggaran untuk menyertai permainan yang telah disediakan antaranya ialah dam ular, sahiba, catur dan juga jutaria. Program bermula pukul 10.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Beberapa peserta menunjukkan prestasi yang baik di dalam program melukis poster ini. Dengan adanya program seperti ini, ahli-ahli Pusat Internet dan juga komuniti lebih terbuka kepada sesuatu yang baru dan dapat berfikir secara terbuka dalam melakukan pelbagai aktiviti. Program ini bertujuan untuk mengisi masa lapang para peserta dan juga mengeratkan lagi silaturahim serta meningkatkan lagi pergaulan sesama peserta.