Usahawan Perniagaan Runcit & Agent Penapis Cuckoo

30 December 2016 | Kisah Kejayaan

Zainun Binti Ibrahim yang lebih mesra dikenali sebagai Che Sue ialah antara usahawan muda yang mula berkecimpung didalam bidang perniagaan kedai runcit dan juga agent penapis Cuckoo secara kecil-kecilan. Beliau berumur 32 tahun dan berasal dari Kampung Menerong. Perniagaan kedai runcit milik beliau dan suami ialah Yoyo One Ent bersebelahan dengan masjid Kampung Menerong.

Beliau banyak membantu penduduk setempat dalam menyediakan barangan runcit keperluan harian untuk komuniti. Bagi pendapat beliau, menjalankan perniagaan adalah satu sunnah daripada Rasulullah yang perlu kita sambung untuk mencari rezeki dan mendapatkan pahala. Didalam masa yang sama, Che Sue mkenjadi agent penapis air Cuckoo untuk menambah lagi pendapatan keluarga serta menambah skill perniagaan serta pemasaran yang beliau miliki. 

Perniagaan beliau sudah stabil buat masa sekarang kerana kedai runcit yang dimilikinya sudah beroperasi lebih dari 5 tahun. Beliau mendapatkan stok bekalan untuk perniagaannya daripada pembekal yang berdekatan kerana tidak mahu terputusnya bekalan barangan runcit yang diniagakan. 

Harapan Che Sue ialah, beliau berharap ramai anak muda untuk turut serta didalam bidang perniagaan tidak kira ape jua perniagaan yang diceburi untuk mendapatkan rezeki dan menambahkan lagi pendapatan sendiri dan dalam masa yang sama dapat menanggung keluarga dan juga mendapat pahala.