Mengenai PI1M

 Latar Belakang :


MAKLUMAT MENGENAI PI1M KAMPUNG MENERONG


Pusat Internet 1 Malaysia adalah satu inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Celcom Berhad dengan kerjasama NuSuara Technology Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

 

Objektif penubuhan Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, Pusat Internet 1Malaysia juga dilaksanakn sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar.

Perkhidmatan lain yang disediakan:

ü  Menaip

ü  Kelas Computer / Ict (Percuma Untuk Ahli)

ü  Pra-Bayar Celcom

ü  Jualan Komputer & Aksesori 

ü  Baik Pulih Dan Selenggara Komputer   

ü  Alat Tulis & Kertas

ü  Sewa Bilik Mesyuarat  


MAKLUMAT KOMUNITI KAMPUNG MENERONG


            Nama Kampung Menerong berasal dari sejenis rumput yang panjang yang dinamakan Rumput Menerong. Sejarahnya bermula kira-kira 150 tahun yang lalu. Rumput tersebut tumbuh liar di kawasan berpaya dan di kaki-kaki bukit. Oleh kerana kegiatan utama penduduk pada masa itu menanam padi huma, maka, penduduk kampung bergotong royong menebas rumput tersebut. Kawasan tersebut dibersihkan dan Rumput Menerong dibakar untuk dijadikan kawasan menanam padi huma. Proses tersebut dinamakan memerung.


           Adalah menjadi amalan penduduk kampung pada masa itu sebelum bergotong royong, salah seorang dari mereka berteriak dan melaungkan "mari gi merong" untuk memanggil orang ramai keluar bersama sama bergotong royong. Oleh kerana kampung tersebut tidak mempunyai nama lagi maka salah seorang dari kalangan penduduk kampung mencadangkan nama Kampung Menerong sempena nama pokok rumput dan proses membuat padi huma tersebut. Cadangan itu mendapat sokongan dari orang ramai. Maka dengan itulah Kampung Menerong di sebut sebut sehingga ke hari ini.


           Kampung Menerong terletak di Mukim Hulu Berang dan di daerah Hulu Terengganu. Kampung ini terdiri dari 4 buah kampung kecil iaitu Kampung Menerong, Kampung Bukit Mengawan, Kampung Matang dan Program Penempatan Semula Kampung Gunung Mnerong (PPSK). Kampung yang berjiran dengan Kampung Menerong adalah Kampung Peris, Kampung Gunung, dan Kampung Felda Tersat. Jarak dari bandar Kuala Berang 20km dan bandar Kuala Terengganu 50km. Jarak dari susur keluar Lebuhraya Pantai Timur pula ialah 18km. Ianya merupakan kampung yang terletak di tengah tengah Mukim Hulu Berang dan menjadi laluan utama ke pusat pelancongan air terjun Belukar Bukit.


MAKLUMAT PI1M DAN KOMUNITI KAMPUNG MENERONG

Lokasi

 Kampung Menerong

UST Area

 

Daerah

Hulu Terengganu

Negeri

Terengganu Darul Iman

Populasi

 766 orang

Aktiviti Ekonomi Utama

Pertanian (Sawit, Getah dan Jagung), Perniagaan Kecil Kecilan, Penternakan.

Jumlah Keahlian

(setakat 30 April 2017)

 306 orang

Lat/Long PI1M

 4.941683, 103.057337

Teknologi

Hub & Spoke – Microwave

Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

 15 September 2015

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

Nama : Siti Sarah Binti Mohd Idris 

Email: sitisarah@celcom1cbc.com

No Telefon: 017-2780260

 

Penolong Pengurus

Nama: Siti Nor Hasyimah @ Nor Hazimah binti Ismail

Email: norhasyimah@celcom1cbc.com

No Telefon: 013-6183699

Website

http://www.celcom1cbc.com/kg-menerong

Kampung Tanpa Wayar

1. Terminal PI1M

2. Kampung Bukit Mengawan

3. Masjid Kampung Menerong

4. Kampung Baru PPSK

5. Kampung Matang