Pelancongan & Rekreasi

KAWASAN MENARIK DI SEKITAR KAMPUNG MENERONG

1. KAWASAN PERKELAHAN KAMPUNG MENERONG

Kawasan perkelahan  Kampung Menerong pada mulanya dibuka oleh penduduk kampung tersebut sekadar untuk memenuhi kegiatan kampung sahaja. Namun dari masa ke semasa iainya semakin terkenal dan sesuai dijadikan pusat perkelahan kerana kawasannya yang strategik di mana Kampung Menerong merupakan Pusat Pertumbuhan Mukim bagi Kawasan Hulu Berang. Kawasan ini juga dikenali sebagai Pasir Lubuk Bayas oleh penduduk kampung. Kawasan perkelahan ini bukan sekadar pengkalan mandi penduduk kampung tersebut sahaja, malahan kawasan ini turut dijadikan tempat bagi aktiviti sukan air. Kawasan perkelahan ini terletak 18km dari bandar Kuala Berang dan merupakan tempat perkelahan hiliran di Sungai Berang iaitu di hilir kawasan perkelahan Kampung Belukar Bukit. Kawasan ini sangat sesuai untuk mandi-manda dan tidak membahaya kepada kanak-kanak. Memang sesuai kepada yang inginkan suasana kampung kerana kawasan ini terletak ditengah-tengah Kampung Menerong.




2. LATA BELUKAR BUKIT

Lata Belukar Bukit adalah kawasan yang baru dimajukan dan popular di kalangan penduduk tempatan. Lata Belukar Bukit atau lebih dikenali sebagai Lubuk Gala oleh penduduk sekitar merupakan tempat perkelahan dan perkhemahan yang menarik. Alam semulajadi serta ketenangan dan kesejukan air menjadi tarikan utama ke kawasan ini. Kawasan perkelahan belukar bukit terletak 20km di selatan Kuala Berang, Hulu Terengganu. Di sini juga mengadakan aktiviti berkayak dan tempat perkhemahan untuk sekolah rendah dan menengah. Dari Kampung Menerong hanya mengambil masa 20 minit sahaja untuk sampai ke kawasan perkelahan ini. Lata Belukar Bukit sesuai untuk keluarga yang ingin berkelah sambil menikmati alam semula jadi yang segar dan nyaman.






3. AIR TERJUN SEKAYU

Air Terjun Sekayu atau lebih dikenali sebagai Hutan Lipur Sekayu terletak di dalam kawasan hutan simpanan Hulu Terengganu. Ia berada di dalam daerah Hulu Terengganu, Terengganu, 16 kilometer dari Pekan Kuala Berang dan 56 kilometer dari bandar Kuala Terengganu. Kawasan ini boleh dilalui melalui persimpangan Ajil Lebuh Raya Pantai Timur. Hutan lipur tersebut mempunyai keluasan lebih kurang 405 hektar. Pelbagai spesies flora dan fauna terdapat di hutan ini termasuklah pokok-pokok yang mempunyai khasiat perubatan yang tinggi. Di sini juga terdapat infrastruktur dan kemudahan-kemudahan rekreasi yang telah disediakan pihak berkuasa seperti tempat penginapan, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat, tempat berkhemah dan denai dalam hutan (untuk rentas hutan). Keunikan hutan lipur ini ialah terdapat sebuah air terjun 3 peringkat yang cantik dan mempesonakan yang merupakan daya tarikan utama kepada pengunjung ke sini tidak kira pengunjung dari dalam atau luar negeri. Air sungainya yang jernih dan sejuk membuatkan sesiapa sahaja tertarik apabila datang berkunjung ke sini. 

Image result for air terjun sekayu





© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.