Berita Terkini

Program Keusahawanan bersama Agensi Anjuran PEDi Kluster Semporna

23 July 2022 | Berita Terkini

Pada tanggal 23 Julai 2022 bersamaan hari Sabtu telah berlangsungnya Program Keusahawanan bersama Agensi. Pelbagai aktiviti telah dijalankan diantaranya adalah taklimat daripada PEDi mengenai pengenalan penjenamaan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) dan Klik Dengan Bijak kepada usahawan-usahawan kluster Semporna. Selain itu, aktiviti yang turut dijalankan adalah Kelas Digital Marketing Shopee, taklimat daripada agensi jemputan iaitu Ar-Rahnu YaPEIM, kuiz keusahawanan menggunakan platform Kahoot dan perkongsian Success Story daripada Pengerusi dan timbalan Pengerusi Persatuan Usahawan Semporna (PUS). Program tersebut diadakan di PEDi Kg Tagasan Tani. Turut dihadiri oleh Persatuan Usahawan Semporna dengan kerjasama PEDi kluster daerah... read more

PROGRAM PAMERAN SKMM BERSAMA PEDi DAERAH SEMPORNA SEMPENA PESTA REGATTA LEPA TAHUN 2022

17 July 2022 | Berita Terkini

17 Julai 2022 – Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) kampung Menteritip telah dijemput oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) cawangan Tawau ke program pameran sempena Pesta Regatta Lepa kali 29 tahun 2022 yang berlangsung di Dataran Lepa Pekan Semporna. Tujuan program ini disertai adalah untuk memeriahkan lagi Pesta Regatta Lepa dengan penyertaan dari pelbagai agensi kerajaan dan juga bukan kerajaan. Ia juga penting agar masyarakat dan agensi yang terlibat dapat saling membantu dari pelbagai aspek sama ada dari sudut sosioekonomi bahkan kebajikan rakyat yang berada di bandar... read more

PROGRAM INTERAKTIF BIJAK SIFIR JUNIOR

14 July 2022 | Berita Terkini

14 Julai 2022 – Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Kg Menteritip telah mengadakan PROGRAM INTERAKTIF BIJAK SIFIR JUNIOR bersama penggunan yang aktif menggunakan perkhidmatan PEDi. Sasaran terutamanya adalah pelajar SK Pegagau. Mereka dikehendaki membuat kumpulan seramai empat orang setiap kumpulan. Hal ini bertujuan untuk mereka saling berinteraksi atau mengahafal sifir bersama. Bukan itu sahaja, mereka juga diberikan beberapa soalan KDB bagi memperingati mereka bahawa menggunakan internet atau kemudahan yang disediakan di PEDi dengan sebaiknya. Mereka disaran supaya sentiasa mengutamakan etika yang baik dalam berkomunikasi dalam laman sosial dan mereka juga tidak berkongsi perkara... read more

KUIZ BULANAN KDB (e-Waste) ANJURAN PEDI MENTERITIP 2022

08 July 2022 | Berita Terkini

08 Julai 2022 - Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Menteritip telah mengambil inisiatif bagi memperbanyakkan lagi aktiviti-aktiviti secara atas talian salah satunya dengan mengadakan pertandingan KUIZ BULANAN KDB (e-Waste) bersama komuniti kampung Menteritip. Google Form menjadi medium utama dalam pertandingan ini di mana, dapat memberi pendedahan terhadap penggunaan google form kepada komuniti setempat khususnya golongan belia. Soalan- soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan pendedehan terhadap kepentingan pembuangan sisa mudahalih di mana dan bagaimana untuk melupuskan perkakasan elektronik dan elektrik  yang telah dikongsikan melalui Facebook Page Rasmi PEDi Kampung Menteritip. Pertandingan ini merupakan pertandingan... read more

PROGRAM CAKNA MINDA BERSAMA PELAJAR SMK

18 June 2022 | Berita Terkini

18 Jun 2022 - PEDi Kg. Menteritip telah menganjurkan akiviti bulanan secara bersemuka dengan pengisian program termasuklah menjawab soalan ICT dan KDB dan juga sesi taklimat mengenai kesan keburukan gajet kepada seorang pelajar. Tujuan program ini diadakan adakah untuk mengalakkan pelajar terus belajar mengenai ICT dan menguji minda para pelajar mengenai ICT. Disamping itu program ini adalah memberi kesempatan kepada PEDi bagi memberi taklimat KDB selari dengan kempen yang diwar-warkan oleh pihak SKMM. Setiap peserta yang terdiri daripada pelajar SMK telah dibahagikan kumpulan kepada 5 kumpulan dan perlu menjawab 5... read more

PROGRAM PERKONGSIAN KDB YANG DIANJURKAN OLEH IKLIN EXECUTIVE TALK SERIES 4

09 June 2022 | Berita Terkini

9 Jun 2022 – Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) kampung Menteritip telah mengikuti program taklimat perkongsian KDB yang dianjurkan oleh Institut Kajian Dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Kementerian Perpaduan Negara (KPN). Sesi taklimat KDB telah disampaikan oleh Encik Ts. Md Tahir Musa, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) yang bertajuk “Jangan Salah Klik”. Pautan untuk mengikuti taklimat boleh didapati di Facebook Page IKLIN JPNIN dan link webex yang dikongsikaan oleh pihak penganjur.Antara pengisian taklimat kesedaran Jangan Salah Klik termasuklah... read more

SUDOKU PUZZLE CHALLENGE ANJURAN PEDI MENTERITIP

26 May 2022 | Berita Terkini

26 Mei 2022, PEDi Kampung Menteritip telah mengadakan pertandingan bulanan iaitu SUDOKU PUZZLE CHALLENGE. Pertandingan ini telah dihebahkan menerusi Facebook Page Rasmi PEDi Kampung Menteritip. Peserta telah diberikan gambar sebagai rujukan untuk menjawab puzzle sudoku. Setiap peserta hanya dibenarkan satu kali percubaan untuk menjawab puzzle tersebut dengan menghantar jawapan di inbox Facebook PEDi. Peserta yang memberikan jawapan yang tepat berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai atau topup bernilai RM10.00. Diharapkan, aktiviti secara atas talian seperti ini dapat memberi manfaat dalam penggunaan platform media sosial khususnya pengguna aplikasi Facebook.  Sumber: https://www.facebook.com/photo/?fbid=3262331757424025&set=pcb.3262332297423971  ... read more

RIANG RAYA HARI RAYA BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG MENTERITIP

24 May 2022 | Berita Terkini

24 Mei 2022 bersamaa  22 Syawal 1443 AH, telah berlangsung program rumah terbuka Riang Ria Raya bersama komuniti kampung Menteritip yang bertempat di PEDi Menteritip. Program ini telah bermula pada pukul 09:00 pagi dan berakhir pada 04:00 petang yang mana telah dihadiri oleh JPKK kg Menteritip, barisan AJK Rukun Tetangga serta AJK Masjid Nur-Salam dan komuniti setempat. Pelbagai juadah raya  telah disediakan dan sesi suai mesra antara staff PEDi dan tetamu yang datang telah menyerikan lagi program ini. Beberapa program juga turut dilaksanakan seperti cabutan bertuah serta pertandingan baju raya yang menarik. Justeru,... read more

KUIZ BULANAN 2022: KDB, PENIPUAN DALAM TALIAN ANJURAN PEDI MENTERITIP

27 April 2022 | Berita Terkini

27 April 2022, Rabu - PEDi Kampung Menteritip telah menganjurkan Pertandingan kuiz bulanan iaitu Kuiz KDB, Penipuan Dalam Talian. Pertandingan ini telah dihebahkan melalui platform media sosial seperti Facebook Page serta Whatsapp. Pertandingan ini bertujuan untuk memberi kesedaran terhadap penipuan atas talian serta mengasah ilmu pengetahuan mengenai isu-isu yang berkaitan penipuan atas talian yang semakin berleluasa. Pertandingan ini hanya dibuat secara atas talian yang menggunakan google form agar memudahkan peserta untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan. Peserta yang mengikuti pertandingan ini akan menerima hadiah wang tunai atau topup. Semoga dengan adanya akitiviti... read more

MAJLIS SEMURNI KASIH SEIKHLAS HATI BERSAMA DENGAN WANITA USIA SEMPORNA

16 April 2022 | Berita Terkini

16 April 2022 – Wanita Persatuan Ugama Islam Sabah (USIA) Semporna telah mengadakan Majlis Semurni Kasih Seikhlas Hati yang turut bekerjasama dengan AJK Masjid An-Nursalam. Program ini bertujuan untuk menyampaikan beberapa sumbangan kepada para balu-balu penduduk kampung Menteritip. Disamping ia bertujuan mengeratkan hubungan antara masyarakat dengan pihak USIA. Program ini telah dirasmikan oleh Datin Rokiah Badar dan telah dihadiri oleh rombongan AJK wanita USIA daerah Semporna. Seramai lebih kurang 40 orang balu telah menerima sumbangan dari pihak USIA. Majlis ini berakhir dengan sempurna dan semua penerima merakamkan jutaan terima kasih... read more