MAJLIS SEMURNI KASIH SEIKHLAS HATI BERSAMA DENGAN WANITA USIA SEMPORNA

16 April 2022 | Berita Terkini

16 April 2022 – Wanita Persatuan Ugama Islam Sabah (USIA) Semporna telah mengadakan Majlis Semurni Kasih Seikhlas Hati yang turut bekerjasama dengan AJK Masjid An-Nursalam. Program ini bertujuan untuk menyampaikan beberapa sumbangan kepada para balu-balu penduduk kampung Menteritip. Disamping ia bertujuan mengeratkan hubungan antara masyarakat dengan pihak USIA. Program ini telah dirasmikan oleh Datin Rokiah Badar dan telah dihadiri oleh rombongan AJK wanita USIA daerah Semporna. Seramai lebih kurang 40 orang balu telah menerima sumbangan dari pihak USIA. Majlis ini berakhir dengan sempurna dan semua penerima merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak USIA dan juga pengurusan AJK Masjid An-Nursalam Kg. Menteritip