KUIZ BULANAN 2022: KDB, PENIPUAN DALAM TALIAN ANJURAN PEDI MENTERITIP

27 April 2022 | Berita Terkini

27 April 2022, Rabu - PEDi Kampung Menteritip telah menganjurkan Pertandingan kuiz bulanan iaitu Kuiz KDB, Penipuan Dalam Talian. Pertandingan ini telah dihebahkan melalui platform media sosial seperti Facebook Page serta Whatsapp. Pertandingan ini bertujuan untuk memberi kesedaran terhadap penipuan atas talian serta mengasah ilmu pengetahuan mengenai isu-isu yang berkaitan penipuan atas talian yang semakin berleluasa. Pertandingan ini hanya dibuat secara atas talian yang menggunakan google form agar memudahkan peserta untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan. Peserta yang mengikuti pertandingan ini akan menerima hadiah wang tunai atau topup. Semoga dengan adanya akitiviti seperti ini para peserta khususnya penduduk kampung Menteritip sentiasa aktif di platform media sosial dengan mencari maklumat yang berfaedah kepada mereka disamping terus menjadikan PEDi menjadi pusat sosisoekonomi dan pendidikan digital khasnya.

Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3238833013107233&set=pb.100009416985157.-2207520000..&type=3