RIANG RAYA HARI RAYA BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG MENTERITIP

24 May 2022 | Berita Terkini

24 Mei 2022 bersamaa  22 Syawal 1443 AH, telah berlangsung program rumah terbuka Riang Ria Raya bersama komuniti kampung Menteritip yang bertempat di PEDi Menteritip. Program ini telah bermula pada pukul 09:00 pagi dan berakhir pada 04:00 petang yang mana telah dihadiri oleh JPKK kg Menteritip, barisan AJK Rukun Tetangga serta AJK Masjid Nur-Salam dan komuniti setempat. Pelbagai juadah raya  telah disediakan dan sesi suai mesra antara staff PEDi dan tetamu yang datang telah menyerikan lagi program ini. Beberapa program juga turut dilaksanakan seperti cabutan bertuah serta pertandingan baju raya yang menarik. Justeru, adanya sambutan Hari Raya Aidilfitri yang yang diraikan oleh semua rakyat Malaysia khususnya yang beragama islam merupakan satu kemenangan kepada yang telah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan dan tibanya Syawal adalah hari merayakan kemenangan tersebut. Amalan seperti rumah terbuka dan berkunjung sudah sinonim dengan budaya komuniti tempatan di kampung ini. Secara tidak langsung program ini adalah sebahagian program mesra komuniti ke arah ikatan ukhwah silaturahim yang lebih erat antara PEDi dengan masyarakat.