SUDOKU PUZZLE CHALLENGE ANJURAN PEDI MENTERITIP

26 May 2022 | Berita Terkini

26 Mei 2022, PEDi Kampung Menteritip telah mengadakan pertandingan bulanan iaitu SUDOKU PUZZLE CHALLENGE. Pertandingan ini telah dihebahkan menerusi Facebook Page Rasmi PEDi Kampung Menteritip. Peserta telah diberikan gambar sebagai rujukan untuk menjawab puzzle sudoku. Setiap peserta hanya dibenarkan satu kali percubaan untuk menjawab puzzle tersebut dengan menghantar jawapan di inbox Facebook PEDi. Peserta yang memberikan jawapan yang tepat berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai atau topup bernilai RM10.00. Diharapkan, aktiviti secara atas talian seperti ini dapat memberi manfaat dalam penggunaan platform media sosial khususnya pengguna aplikasi Facebook. 

Sumber: https://www.facebook.com/photo/?fbid=3262331757424025&set=pcb.3262332297423971