PROGRAM PERKONGSIAN KDB YANG DIANJURKAN OLEH IKLIN EXECUTIVE TALK SERIES 4

09 June 2022 | Berita Terkini

9 Jun 2022 – Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) kampung Menteritip telah mengikuti program taklimat perkongsian KDB yang dianjurkan oleh Institut Kajian Dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Kementerian Perpaduan Negara (KPN). Sesi taklimat KDB telah disampaikan oleh Encik Ts. Md Tahir Musa, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) yang bertajuk “Jangan Salah Klik”.

Pautan untuk mengikuti taklimat boleh didapati di Facebook Page IKLIN JPNIN dan link webex yang dikongsikaan oleh pihak penganjur.Antara pengisian taklimat kesedaran Jangan Salah Klik termasuklah mengenalpasti penipuan panggilan daripada individu yang tidak dikenali, tips mengatasi penipuan panggilan dan juga topik kawalan kendiri.Diakhir sesi, para peserta perlu memberi respon ataupun maklumbalas dengan mengisi boring kehadiran.