KUIZ BULANAN KDB (e-Waste) ANJURAN PEDI MENTERITIP 2022

08 July 2022 | Berita Terkini

08 Julai 2022 - Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Menteritip telah mengambil inisiatif bagi memperbanyakkan lagi aktiviti-aktiviti secara atas talian salah satunya dengan mengadakan pertandingan KUIZ BULANAN KDB (e-Waste) bersama komuniti kampung Menteritip. Google Form menjadi medium utama dalam pertandingan ini di mana, dapat memberi pendedahan terhadap penggunaan google form kepada komuniti setempat khususnya golongan belia. Soalan- soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan pendedehan terhadap kepentingan pembuangan sisa mudahalih di mana dan bagaimana untuk melupuskan perkakasan elektronik dan elektrik  yang telah dikongsikan melalui Facebook Page Rasmi PEDi Kampung Menteritip. Pertandingan ini merupakan pertandingan tertutup di mana, hanya penduduk Kampung Menteritip sahaja boleh menyertai. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada komuniti setempat dalam penggunaan teknologi dan internet. Semoga melalui program ini, dapat membantu komuniti setempat meningkatkan lagi kualiti pengetahuan mereka serta dapat mendidik masyarakat sekitar dalam menjadi masyarakat yang celik IT dan tidak ketinggalan dengan masyarakat yang tinggal di kawasan Bandar.

 

Sumber: https://www.facebook.com/photo?fbid=3295086030815264&set=a.1460382404285645