PROGRAM INTERAKTIF BIJAK SIFIR JUNIOR

14 July 2022 | Berita Terkini

14 Julai 2022 – Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Kg Menteritip telah mengadakan PROGRAM INTERAKTIF BIJAK SIFIR JUNIOR bersama penggunan yang aktif menggunakan perkhidmatan PEDi. Sasaran terutamanya adalah pelajar SK Pegagau. Mereka dikehendaki membuat kumpulan seramai empat orang setiap kumpulan. Hal ini bertujuan untuk mereka saling berinteraksi atau mengahafal sifir bersama. Bukan itu sahaja, mereka juga diberikan beberapa soalan KDB bagi memperingati mereka bahawa menggunakan internet atau kemudahan yang disediakan di PEDi dengan sebaiknya. Mereka disaran supaya sentiasa mengutamakan etika yang baik dalam berkomunikasi dalam laman sosial dan mereka juga tidak berkongsi perkara yang tidak pasti.