PROGRAM PAMERAN SKMM BERSAMA PEDi DAERAH SEMPORNA SEMPENA PESTA REGATTA LEPA TAHUN 2022

17 July 2022 | Berita Terkini

17 Julai 2022 – Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) kampung Menteritip telah dijemput oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) cawangan Tawau ke program pameran sempena Pesta Regatta Lepa kali 29 tahun 2022 yang berlangsung di Dataran Lepa Pekan Semporna. Tujuan program ini disertai adalah untuk memeriahkan lagi Pesta Regatta Lepa dengan penyertaan dari pelbagai agensi kerajaan dan juga bukan kerajaan. Ia juga penting agar masyarakat dan agensi yang terlibat dapat saling membantu dari pelbagai aspek sama ada dari sudut sosioekonomi bahkan kebajikan rakyat yang berada di bandar dan luar bandar. Antara pengisian yang dibuat oleh pihak SKMM dan PEDi Daerah Semporna di booth pameran termasuklah kaunter aduan, kdb talk, pendaftaran ahli, kuiz KDB, dan jualan produk usahawan hasil bimbingan PEDi. Program pameran ini berlangsung selama 3 hari bermula dari 15 Julai sehingga 17 Julai 2022 yang telah dihadiri ribuan penduduk daerah Semporna dan luar Semporna.