Program Keusahawanan bersama Agensi Anjuran PEDi Kluster Semporna

23 July 2022 | Berita Terkini

Pada tanggal 23 Julai 2022 bersamaan hari Sabtu telah berlangsungnya Program Keusahawanan bersama Agensi. Pelbagai aktiviti telah dijalankan diantaranya adalah taklimat daripada PEDi mengenai pengenalan penjenamaan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) dan Klik Dengan Bijak kepada usahawan-usahawan kluster Semporna. Selain itu, aktiviti yang turut dijalankan adalah Kelas Digital Marketing Shopee, taklimat daripada agensi jemputan iaitu Ar-Rahnu YaPEIM, kuiz keusahawanan menggunakan platform Kahoot dan perkongsian Success Story daripada Pengerusi dan timbalan Pengerusi Persatuan Usahawan Semporna (PUS). Program tersebut diadakan di PEDi Kg Tagasan Tani. Turut dihadiri oleh Persatuan Usahawan Semporna dengan kerjasama PEDi kluster daerah Semporna bersama Usahawan-usahawan dibawa bimbingan PEDi turut hadir bagi menjayakan program ini. Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.