Mengenai Pusat Internet

* Selamat Datang Ke Portal Pusat Internet Kampung Menteritip

Pusat Internet Kampung Menteritip merupakan projek kerajaan dan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang dilaksanakan oleh Celcom Axiata Berhad, dibawah program pemberian khidmat sejagat (PPS). Pusat Internet (PI) Kg Menteritip ini mula beroperasi pada 8 september 2015 selepas melepasi User Assesment Test (UAT) oleh pihak SKMM dan juga Celcom.


Objektif utama penubuhan PI adalah:

1.     Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan

2.     Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.

3.     Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PI.

4.     Merapatkan jurang digital diantara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.


Antara perkhidmatan yang disediakan oleh PI Kg menteritip adalah seperti:

Penggunaan Internet/Komputer

 Kelas ICT Percuma (Kepada Ahli Berdaftar)

 Printing, Fotostat, Scanning, dan Laminate

 Kelas Keusahawanan Percuma (Ahli Berdaftar)

 Wifi Komuniti



MASA OPERASI
           ISNIN HINGGA AHAD (KECUALI CUTI UMUM)
            8.00 AM - 05.00 PM
12.00 PM - 01.00 PM (REHAT)

PENDAFTARAN KEAHLIAN (RM5.00 SAHAJA)

Kelebihan menjadi AHLI PI :

Keahlian seumur hidup
Latihan ICT dan Keusahawanan secara Percuma
Penyertaan Aktiviti Pi1M secara Percuma
Diskaun penggunaan Komputer/Internet
Diskaun caj perkhidmatan fotokopi,scanning,laminating & printing


Maklumat Pusat Internet 

Lokasi

Pusat Internet Kampung Menteritip KM 27 Jalan Semporna Tawau 91308 Semporna Sabah

Daerah

Semporna

Negeri

Sabah

Populasi

1675 orang

Aktiviti Ekonomi Utama

Pertanian/Perikanan/Perniagaan Runcit

Jumlah Keahlian

(Setakat 12 September 2020)

592 orang

Lat/Long Pusat Internet

118.42865 / 4.37521

Teknologi

Hub & Spoke - Microwave

Pemberi Perkhidmatan

Celcom Axiata berhad

Tarikh Mula Beroperasi

08 September 2016

Maklumat Pengurusan PI

Pengurus

Aman Bin Abdul Jalil

Email: aman@celcom1cbc.com

No.tel: 017-8150089


Penolong Pengurus

Sitti Syuhaida Binti Kassim

Email: syuhaida@celcom1cbc.com

No.Tel: 013-6572304

Website

http://www.celcom1cbc.com/kg-menteritip-semporna

Wifi Komuniti

1.     PI Kg Menteritip (Bangunan PI)     

 



Kampung Menteritip terletak lebih kurang 27KM dari pekan Semporna, merupakan sebuah perkampungan tradisi dimana didiami secara majoriti oleh suku kaum Bajau. Kampung ini dilengkapi dengan Sekolah Rendah (S.K Pegagau), 2 buah Pra-Sekolah (As-Salam & An-Nur), Tadika KEMAS, KAFA (Pusat Islam), Gelanggang Futsal dan Masjid. Aktiviti ekonomi kampung ini terlebih tertumpu kepada aktiviti Pertanian (Kelapa Sawit), Perikanan (Nelayan) dan Perniagaan Runcit.