Pelancongan & Rekreasi

Bukit Tengkorak

Bukit Tengkorak merupakan merupakan tapak pelindung gua batuan volkanik dan sebahagian dari bibir gunung berapi yang berdiameter sekitar 2 kilometer persegi. Merupakan sebuah tapak arkeologi yang terpenting di Malaysia dan Asia Tenggara. Berpuluh ribu serpihan tembikar tanah yang berusia 3000 tahun dahulu dan dihiasi dengan pelbagai corak telah ditemui di Bukit Tengkorak.


Pulau Mabul

Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara Negeri Sabah, Pulau ini kecil dan melengkung serta terdapat banyak jenis batu karang yang menjadi tumpuan pelbagai jenis ikan marin.Dasar yang tidak dalam amat sesuai untuk melakukan scuba diving.Pulau ini juga terletak berhampiran dengan Pulau Sipadan.


Pulau Sipadan

 

Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Negara Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari aras laut.Perjalanan dari Pulau Mabul ke Pulau Sipadan cuma mengambil masa dalam 15 minit sahaja. Sipadan juga di senaraikan sebagai salah satu daripada 5 lokasi selam skuba di dunia.

 

Pulau Bohey Dulang

Pulau Bohey Dulang terletak lebih kurang 30 minit dari jeti Pekan Semporna.Pulau Bohey Dulang merupakan 1 dari 8 pulau yang terdapat di dalam Tun Sakaran Marine Park. Keindahan hiking dan pemandangan dari atas menjadi tarikan utama menarik para pelancong untuk datang.

 

Pulau Kapalai

Bagi penggemar Snorkeling dan scuba,ianya kawasan yang cukup sesuai untuk membuat aktiviti tersebut.Terletak kira-kira 15 kilometer daripada Pulau Sipadan. Selain menjadi syurga penggemar sukan snorkeling dan scuba,tempat ini juga menjadi tumpuan bagi pasangan berbulan madu.


 

Pulau Bum-Bum

Antara Pulau yang mempunyai ramai penduduk dan pada hari ini sudah ada pembangunan di lakukan di sekitar pulau tersebut.Walaupun Pulau Bum-Bum Bukan sebuah pulau pelancongan tetapi airnya masih lagi cristal clear. Pemandangan dan ada tempat-tempat yang cantik terdapat di sekitar Pulau Bum-Bum Semporna.Percutian anda ke Semporna tidak akan lengkap jika tidak ke mari

 

Pulau Mataking

 

Terletak di Laut Celebes di negeri Sabah,mengambil masa kurang daripada 1 jam dengan menggunakan bot untuk sampai ke Mataking dari bandar tanah besar Semporna. Saiz pulau tersebut kira-kira 40 ekar dan terletak di pinggir pelantar benua yang dikelilingi oleh pinggiran terumbu karang keras dan lembut.Pemandangan Tempat ini memang cantik dan suasana yang sungguh tenang.

 

Pulau Pom-Pom

Pulau ini terletak di dalam lilitan 2.3 km di garisan air pasang dan terdapat terumbu karang sepanjang 4 km panjang di dasarnya. Pulau ini adalah pasir rata dengan ketinggian maksimum kurang daripada 2m di atas garis HT . Pulau ini mempunyai pantai karang pasir berwarna putih dan merupakan tapak lokasi penting untuk Green dan Hawksbill sejenis penyu bersarang dan bertelur.Pulau ini tidak mempunyai kampung, kesan manusia yang minimum, tiada pencemaran dan merupakan salah satu destinasi menyelam yang popular di daerah Semporna .

 

Pulau Bodgaya

Pulau Bodgaya terletak di pantai timur negeri Sabah di Malaysia. Pulau ini adalah pulau yang terbesar di dalam sebahagian daripada Taman Marin Tun Sakaran. Pulau ini mempunyai keluasan 7.96 km2. Pulau Bodgaya bersama-sama dengan Pulau Bohey dulang dan terumbu sekitar adalah sisa-sisa gunung berapi yang telah pupus.

 

Pulau Sibuan

 

Pulau ini pernah menjadi tumpuan diver a.k.a penyelam sebelum Pulau Sipadan dan pulau-pulau lain menjadi terkenal. Pulau ini terletak di dalam rangkaian Taman Marin Tun Sakaran. Pulau ini adalah merupakan salah satu pulau yang cantik dan terkenal dengan pantai yang bersih dan indah serta laut yang kebiruan sekaligus menjadikan ia tumpuan para pelancong untuk berkunjung. Disamping itu, ia sangat sesuai untuk aktiviti menyelam dan aktiviti lain seperti family day dan lain-lain lagi.




Nota Kaki:: Sebenarnya ada banyak lagi pulau,resort dan tempat menarik yang terdapat di Semporna yang tidak dapat di senaraikan di dalam blog kali ini.Seperti Pulau Tabawan,Pulau Denawan,Mantabuan, Singamata, Pulau Si Amil, Pulau Batik dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, harapan kami, semoga sedikit maklumat tentang tempat-tempat menarik di semporna yang kami kongsikan dapat membantu para pelancong untuk datang berkunjung ke Semporna.

 

 

 

 

 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.