Program Santuni Komuniti Ramadhan

29 April 2022 |

Pada 28 April yang lalu, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg. Merotai Besar ,Tawau  telah menjalankan Program imarah Ramadhan iaitu Program Santuni Komuniti yang bertempat di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg. Merotai Besar ,Tawau. Program ini dijalankan bertujuan untuk berkongsi sedikit kemeriah Ramadhan dan Hari Raya yang bakal menjelang kepada para ahli yang terlibat. Seramai 5 Orang Ahli Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg. Merotai Besar telah menyertai aktiviti ini. Program bermula dari pukul 03.00petang dan berakhir sekitar 04.00 petang.

Program kali ini diselitakan dengan tontonan Video Advokasi Klik Dengan Bijak mengenai Berita Palsu, Oversharing dan juga Buli Siber yang secara tidak langsung dapat memberi kesedaran kepada peserta tentang bahaya aktiviti dalam talian. Acara kemuncak bagi program ini iaitu sesi penyampaian duit raya/saguhati kepada peserta yang terlibat. Duit Raya telah di sampaikan oleh Pengurus Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg. Merotai Besar. Ini sedikit sebanyak dapat memebantu meringankan beban keluarga dalam perbelanjaan raya para ahli. Di harapkan dengan aktiviti seperti ini, PEDi dapat memberikan sumbangan kepada komuniti setempat dan diharpakan agar pengajuran program sebegini dapat memperkenalkan PEDi kepada masyarakat umum dan mempromosikan kelas-kelas ICT yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg. Merotai Besar. Program diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai program berakhir sekitar jam 4.00petang.