Program Membuat Aiskrim Malaysia Bersama Ahli PEDi Kg. Merotai Besar

27 May 2022 |

Pada 14 Mei yang lepas, Pusat Ekonomi Digital Kg. Merotai Besar telah menjalankan program Membuat Aiskrim Malaysia Bersama Ahli PEDi Kg. Merotai Besar dengan mengaplikasikan medium teknologi maklumat di dalam bengkel tersebut. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengalakkan lebih ramai komuniti untuk turut serta di dalam program-program PEDi dan memperkenalkan asas-asas ICT di dalam pembelajaran yang boleh diaplikasikan di dalam kehidupan harian.

Program bermula seawal jam 9.00 pagi dengan sedikit taklimat ringkas berkaitan Advokasi Klik dengan Bijak bertujuan untuk memberi kesedaran ketika melayari internet. Acara diteruskan dengan program membuat aiskrim Malaysia yang disertai oleh 9 orang pelajar yang juga merupakan Ahli PEDi.

Selain demonstrasi yang ditunjukkan oleh Pengurus PEDi, peserta juga boleh belajar cara membuat aiskrim menggunakan Medium youtube dan facebook sebagai rujukan kepada para peserta dalam menghasilkan aiskrim mereka. Selain dapat mempelajari cara membuat aiskrim para peserta secara tidak langsung terdedah dengan penggunaan teknologi maklumat secara umumnya. Program diakhiri pada jam 11.00 pagi dengan acara pembahagian aiskrim dan sesi bergambar.

Diharapkan, program seperti ini bukan sahaja dapat menarik minat lebih ramai komuniti untuk selalu ke PEDi tetapi juga menjadikan PEDi sebagai tempat menimba sesuatu yang baru yang lebih menyeronokkan dan mengajak lebih ramai lagi komuniti setempat untuk menggunakan perkhidmatan dan mengikuti semua aktiviti yang dianjurkan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Merotai Besar.