Kuiz Refresher Basic ICT

29 June 2022 | Berita Terkini

Pada 25 Jun (Sabtu) yang lalu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Merotai Besar telah mengadakan Kuiz Refresher untuk ahli-ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Merotai Besar. Program bermula dengan pendaftaran ahli pada pukul 1.00 petang. Program kali ini berkonsepkan permainan dalam talian menggunakan platform Wordwall. Dimana peserta telah pun diterangkan serba sedikit mengenai Asas-asa ICT dan mereka perlu menjawab soalan-soalan dalam talian mengikut kepantasan masing-masing. Objektif utama program ini ialah mengeratkan silaturrahim dan mendidik ahli agar  lebih fokus serta menajamkan daya pemikiran mereka.


Pertandingan ini bermula pada 1.00 petang dan berakhir tepat pada 4.00 petang. Program ini dimulakan dengan penerangan mengenai KDB/Advokasi pada pukul 1.00petang selepas pendaftaran. Kemudiannya sesi ulangkaji mengenai asas-asas ICT dimulakan dengan penerangan daripada Pengurus PEDi. Selepas itu pihak pengurusan PEDi menerangakan bagaimana permainan ini berlansung, apa yang harus dilakukan dan syarat-syarat permainan. Ahli-ahli juga diberi peluang untuk mencuba permainan tersebut dan sesi soal jawab bersama pengurus untuk lebih memahami syarat permainan tersebut.


Matlamat permainan ini adalah membantu meransang dan meningkatkan daya pemerhatian dan kebolehan ahli-ahli PEDi untuk belajar memahami sesuatu dengan sendirinya. Dimana untuk memahami sesuatu maklumat atau pengetahuan, kaedah pemerhatian merupakan salah satu cara yang efektif dan berkesan. Selain itu juga, dengan permainan sebegini, ianya dapat membantu melatih ahli-ahli PEDi untuk menyelesaikan masalah dengan bijak dan membantu meransang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK).

 
Semoga dengan program yang dianjurkan oleh pihak pengurusan PEDi Kg Merotai Besar kali ini mencapai matlamat yang diinginkan. Pihak pengurusan PEDi Kg Merotai Besar juga amat berharap, ilmu dan latihan yang diberi kepada ahli-ahli PEDi dalam program kali ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu juga, pihak pengurusan PEDi Kg Merotai Besar berharap dengan program yang dijalankan dapat menarik lebih ramai komuniti setempat untuk menjadi ahli PEDi Kg Merotai Besar. Program kali ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang dan sesi bergambar beramai-ramai.