Kisah Kejayaan Celik ICT Q2 2022 - Nur Izza Farhana

29 June 2022 | Kisah Kejayaan

NUR IZZA FARHANA BINTI HELMY, 17 Tahun tinggal di Pekan Merotai Besar juga merupakan pelajar SMK Merotai Besar  Tawau. Jarak dari rumah beliau ke Pusat Internet Kg. Merotai Besar sejauh 400 meter dan mengambil masa 15 minit berjalan kaki. Hobi beliau adalah mengambil gambar dan juga bermain badminton . Kini selain menghabiskan masa lapang dengan hobi tersebut beliau juga turut menggunakan kemudahan di PEDi sebagai tempat untuk menambah pengetahuan.

Bermula dengan sering mengikuti rakan sekolahnya datang ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) beliau terus mendaftar agar mendapat kemudahan yang disediakan diPusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Merotai Besar.Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Merotai Besar Tawau merupakan salah satu kemudahan yang sudah 6 tahun berkhidmat kepada penduduk Merotai Besar Tawau.  Manfaat yang beliau perolehi yang pertama dapat mendapatkan maklumat berkenaan pelajaran dan melalui laman web-web pendidikan yang terdapat di internet.  Manfaat kedua yang beliau perolehi adalah dapat capaian internet dengan mudah. Beliau juga aktif mengikuti kelas ICT yang ditawarkan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi). Beliau dapat mempelajari kemahiran penggunan komputer dengan berkesan dan dapat mempraktikan kemahiran yang telah diajarkan oleh Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet.

Harapan Beliau agar dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran kepada rakan-rakan dan keluarga untuk menfaat bersama pada satu hari nanti. Sebagai ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Merotai Besar belia juga turut menggalakan rakan dan ahli keluarga beliau mendaftar sebagai ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi). Nilai dan Pengajaran yang boleh dicontohi oleh pelajar lain adalah mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat. Bertanya jika tidak mengetahuai tentang sesuatu perkara  berkaitan pelajaran.