Bengkel Keusahawanan - Pengurusan Strategik

30 July 2022 |

Pada 29 Julai 2022 (Jumaat), telah berlangsung satu bengkel keusahawanan iaitu Bengkel Pengurusan Strategik. Bengkel kali ini diadakan di PEDi Kg. Merotai Besar dan telah dilaksanakan oleh Pengurus PEDi Kg. Merotai Besar sendiri. Bengkel bermula pada pukul 1.30 petang dengan pendaftaran peserta program yang dihadiri seramai 5 orang pelajar tingkatan 5.

Dalam bengkel keusahawanan tersebut pihak PEDi Kg. Merotai Besar berkongsi ilmu tentang bagaimana pengurusan strategik dalam perniagaan itu mampu membawa sesuatu perniagaan itu untuk berjaya dan bertahan dalam dunia keusahawanan masa kini. Bengkel dimulakan dengan Pengenalan kepada apa itu pengurusan strategik serta proses dalam pengurusan strategik. Kemudian bagaimana untuk membentuk Visi, Misi dan Objektif sesuatu perniagaan itu.

Bengkel kemudian diteruskan dengan Analisa persekitaran perniagaan supaya perniagaan itu lebih mudah untuk membuat analisis S.W.O.T perniagaan mereka serta memahami kepentingan dalam membuat penilaian tersebut. Setelah selesai sesi penerangan oleh Pengurus, Pengurus meminta peserta untuk berbincang mengenai S.W.O.T yang berkaitan perniagaan mereka.

Seterusnya, sesi soal jawab dan perbincangan bersama dijalankan. Bengkel diakhiri dengan sesi bergambar kenangan dan juga tontonan video Klik Dengan Bijak (KDB) mengenai topik Terlebih Kongsi Padah Menanti. Bengkel berakhir sekitar pukul 4.30 petang