Ekonomi dan Keusahawanan

Terdapat pelbagai aktiviti dan kegiatan yang menyumbang kepada ekonomi yang mapan di Kg. Merotai Besar antaranya:-

Keropok Amplang Merotai 

Salah satu produk yang wajib dicuba apabila anda berkunjung ke Kg. Merotai Besar, ialah Keropok Amplang . Selain rasa ikannya yang sungguh rangup dan sedap, keropok ini juga berbentuk segi empat, berbeza dengan keropok ikan lain yang dijual di sekitar Sabah.Produk makanan ringan ini diusahakan oleh Kasmah Hj. Basiran, seorang wanita gigih di Kg. Merotai Besar sejak tahun 2000. Berbekalkan modal sebanyak RM400.00, beliau mula belajar dari rakan-rakannya tentang cara untuk membuat keropok ini dan memasarkannya secara kecil-kecilan di dalam kampung. 

 

Setelah beberapa tahun melibatkan diri dalam perusahaan produk makanan ringan ini, beliau kemudiannya mendapat bantuan dari Jabatan Perikanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Yayasan Usaha Maju (YUM).Selain bantuan bangunan untuk pengeluaran keropok amplang , beliau turut menerima bantuan mesin dan modal pusingan untuk mempertingkat perusahaan beliau. Kini, Keropok keluaran Kg. Merotai Besar ini telah menembusi pasaran Semenajung Malaysia. Kini selain daripada keropok amplang perisa ikan, terdapat pelbagai lagi perisa yang ada seperti Sotong,dan udang serta beberapa jenis makanan ringan lain, seperti kuih cincin, keropok seaweed dan kerepek ubi pedas.Bagi sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi Kasriadi di talian 019-869 6906 @ 012-809 6909. atau pergi terus ke GDW Kg.Merotai Besar.

 

Pasar Minggu Merotai Besar

Setiap hujung minggu (Ahad) pasar minggu Kg. Merotai akan beroperasi dari seawal jam 07.00 pagi dan akan menutup operasi pada pukul 06.00 petang. Terdapat pelbagai barangan yang dijual di pasar minggu Kg. Merotai termasuk bahan mentah segar (sayur-sayuran, ikan, udang, ayam, dll) dijual dengan harga yang murah. Pasar Minggu ini juga secara langsung membantu ekonomi penduduk tempatan, kerana peniaga di pasar ini terdiri daripada penduduk kampung sendiri.

 

Penternakan Udang Dalam Sangkar (Kg. Tanah Merah, Merotai)

Menyedari udang putih mendapat permintaan baik di pasaran, seorang wanita muda gigih mengusahakan penternakan udang kolam di Kampung Tanah Merah, Merotai Besar. Janariah Kurus melibatkan diri secara serius menternak udang sejak 2013. Sebelum itu, perniagaan keluarganya yang diusahakan sejak 2003 lebih memfokuskan kepada ikan air tawar.Melalui bantuan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Ko-Nelayan dan pinjaman daripada Tabung Ekonomi Kemajuan Usahawan Nasional (TEKUN) sebanyak RM30,000 selain wang simpanan keluarganya, Janariah kini mempunyai lima petak kolam udang.Permintaan yang tinggi terhadap udang akuakultur telah mewujudkan satu lagi peluang pekerjaan lumayan kepada masyarakat kampung. Sekiranya ingin membuat lawatan atau membuat tempahan udang boleh berhubung ke nombor Pn. Norsiah: 014 357 0625

 

Restoran Maskur

Tawau merupakan lokasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM )yang popular di Sabah Khasnya. Kg. Merotai Besar tidak terkecuali daripada lokasi yang wajib dikunjumgi. Restoran Maskur salah satu Restoran yang begitu sinonim dengan keenakan Sup Tulang nya. Dimiliki Oleh Hj. Kure Bin Bennu. Bermula dengan hanya Restoran Maskur yang beroperaasi di Kg. Merotai Besar, kini telah membuka 3 lagi Cawangan lain iaitu Bersebelahan Giant Hypermarket (Maskur II), Taman Univilla (Maskur III) dan Balung (Maskur Iv). Selain Dari Sup Tulang, pelbagai lagi hidangan yang sedap disajikan di Restoran Maskur. Sebarang Pertanyaan mengenai waktu Operasi Restoran ataupun Tempahan boleh berhubung terus ke nombor 089-902909.


© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.